Saturday, July 6, 2013

Cantik Berseri Bersama NEESYA

Mak Dara telah memenuhi undangan ke Majlis sebuah produk kecantikkan NEESYA yang bertempat di SWENSON Subang Parade.. Setibanya Mak Dara bersama teman blogger Mak Lady  dan ACIK TOPI kami terus disambut bagaikan VVIP oleh para petugas Skinworkz Sdn Bhd itu. Dan lebih mengejutkan Pegawai Ketua Eksekutif Skinworkz Chris Yong yang merupakan big boss juga menerima kedatangan kami dan melayan kami bak tetamu 5 bintang. Rasanya selalu juga Mak Dara menghadiri banyak event event yang menjemput para blogger namun ini pertama kali merasa para blogger begitu dihargai sekali..

setiba di majlis daftar nama dahulu

Mak Dara dan Acik Topi dan Mak Lady di majlis Pelancaran NEESYA

Setelah semua tetamu hadir majlis dimulakan dengan penerangan oleh Pegawai Ketua Eksekutif Skinworkz Chris Yong mengenai produk NEESYA ini.

Pegawai Ketua Eksekutif Skinworkz Chris Yong

NEESYA merupakan perintis pakar produk penjagaan kulit lutsinar, menjanjikan pengguna bakal capai darjah terbaru seri muka dengan menggabungkan faktor fisiologi kulit, faktor pencerahan kulit, hidrasi serta anti oksidan yang menentukan tona yang lebih menyerlah dan sihat. Tanpa mengira usia dan jenis kulit mahu pun gaya hidup, KINI pengguna mampu memiliki "kulit yang menyerlah dari dalam" dengan Teknologi Neesya LumiScience Formulasi Produk merupakan "trademark" syarikat adalah faktor utama dalam menghasilkan produk tempatan dan menepati ciri saintifik dengan jaminan HALAL serta selamat digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Produk produk Neesya dicipta khas untuk mencapai taraf industri baru dengan pendekatan Teknologi LumiScience, dijangka akan mengisi kategori produk penjagaan kulit berharga berpatutan, dalam lingkungan RM29 hingga RM79.


Para tetamu di majlis pelancaran NEESYA

Sebaik sahaja mendengar perkataan "HALAL" dan juga mendengar kadar harga bagi barangan NEESYA yang berada dalam lingkungan "RM29 hingga RM79" membuatkan Mak Dara dan para tetamu yang hadir bertambah teruja mengenai produk NEESYA ini. Ini bermakna semua produk ini mampu dimiliki oleh semua wanita baik yang sudah bekerjaya mahupun yang masih menuntut!

Setelah En Chris Yong selesai memberi penerangan mengenai produk Neesya ini semua hadirin diminta untuk mencuba produk ini yang telah disediakan di atas setiap meja tetamu. Apa lagi Mak Dara tidak ketinggalan dan turut mencubanya.

Mak Lady dan Mak Dara mencuba produk NEESYA dan memang mengagumkan!

Setelah selesai dengan sesi try and test product kami dihidangkan dengan makanan yang sangat lazat dan kemudian disudahi dengan desert aiskrim yang sangat enak.

nyum nyum aiskrim 

Setelah majlis pelancaran itu selesai kami telah dibawa melawat ke ruang Pusat Jualan NEESYA yang terletak di Lot No GCO3A, Ground Floor, Subang Parade ( sebelah Giordano & Uncle Lim's). 

Orang kuat di sebalik produk NEESYA

Pegawai Ketua Eksekutif Skinworkz Chris Yong di hadapan
Pusat Jualan NEESYA

Para tetamu di Pusat Jualan NEESYA

 Para tetamu di Pusat Jualan NEESYA

Mak Dara, Mak Lady dan Acik Topi sempat merakamkan gambar 
bersama En Chris Yong dan bersama semua produk NEESYA

Para blogger yang menghadiri majlis pelancaran NEESYA
Blogger hebat Yana Yassin Dan Cik Lily Putih pun adaaaa :)

Akhir sekali kami sempat merakamkan gambar bersama Big Boss En Chris Yong yang tidak pernah lokek dengan senyuman dan sikap peramahnya itu.  Pendek kata majlis perlancaran produk kecantikkan NEESYA pada petang itu telah berjalan dengan JAYAnya! Terima kasih atas layanan VVVIP yang telah diberikan kepada semua tetamu yang hadir terutamanya para blogger seperti kami. You guys are AWESOME! We really appreciate. Tahniah kepada Skinworkz Sdn Bhd. Sempena hari raya nanti mari kita cantikkan kulit dengan set RAYA BERSERI dari NEESYA ini!


Pssttt psstttt Mak Dara ada membuat entry testimoni bagi produk NEESYA ini.. Nantikan entrynya tak lama lagi..  Ok jangan lepaskan peluang jom dapatkan produk NEESYA hari ini juga!  Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.facebook.com/neesyaskincare . 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK