Sunday, July 7, 2013

DUGAAN BUATMU INSAN TERISTIMEWA

Dugaan demi dugaan menimpa Ibu Mak Dara, Puan Zaleha Binti Darus dalam masa 9 bulan ini. Bermula dengan peninggalan suami tersayang iaitu ayah MD sendiri allahyarham Adenan Arshad yang terkena serangan jantung ketika jatuh di Masjid Bangsar dan meninggal dunia di Hospital Ampang pada tanggal 8hb 10 2012 yang lalu, Ibu kemudian kehilangan Abang Iparnya iaitu allahyarham Omar pada tahun 2012 juga. Pada tanggal 2hb Jun yang lalu Ibu sekali lagi kehilangan abangnya iaitu allahyarham Zainuddin Bin Darus . Belum pun hilang kehibaan atas kehilangannya itu, seorang lagi abang ibu iaitu Zakaria Bt Darus menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika selesai solat asar pada 2hb Julai yang lalu... Memang perit.. memang pahit.. memang menduga kekuatan .. Namun dalam bersedih Ibu terpaksa akur dengan ketentuan ini dan redha.. Kesihatannya kini juga semakin terjejas.. Keluar masuk hospital telah menjadi kebiasaan buatnya... Namun berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya..

Namun Ibu diduga lagi dengan satu perkara yang menyedihkannya. Pada bulan lepas apabila tuan rumah yang ibu duduk menyewa itu memberi notis selama dua bulan kepada Ibu untuk Ibu dan adik adik mak dara pindah. Berita ini begitu mengejutkan kami sekeluarga kerana selama bertahun tinggal disitu belum ada sekali pun bayaran sewa yang tertunggak.. Bahkan duit deposit dua bulan beserta utility yang dibayar semasa mula menyewa dahulu masih di tangan tuan rumah. Yang lebih menyedihkan kami apabila tuan rumah dahulu banyak kali berjanji kepada arwah ayah MD dan berkata dia tidak sekali kali akan menjual rumah itu dan meminta Ibu terus tinggal disitu kerana katanya dia suka dengan keluarga kami yang tidak pernah terlepas bayaran. Namun setelah arwah ayah tiada lain pula ceritanya.. Apabila diselidik baru kami mengetahui bahawa tuan rumah mahu menjual rumah itu.. Namun kenapa notis diberi dua bulan.. Kenapa sanggup menyuruh Ibu dan adik adik MD berpindah di bulan puasa ini! Yang lebih menyedihkan belum sempat Ibu berpindah tuan rumah telah memasang papan iklan "Untuk Dijual/Sewa" yang besar di  rumah itu.. Tidak bolehkah bersabar menunggu Ibu berpindah dahulu sebelum meletakkan tanda iklan itu? Masyaallah sungguh hebat dugaan buatmu Ibu..

Hari ini, walaupun mengikut notis Ibu sepatutnya  berpindah pada hujung bulan ini Ibu akan berpindah ke rumah baru meninggalkan rumah yang mempunyai seribu satu kenangan manis dan terakhir bersama arwah suaminya itu.. Mengapa Ibu berpindah awal sebulan dari notis yang diberikan? Mengikut akal yang waras dan logik mana bisa kita berpindah di bulan puasa tambah lagi waktu menjelang raya? Betul kan... Tak mengapa anak anak ibu dalam proses untuk membeli sebuah rumah buat ibu secepat mungkin insyaa allah... Doakan kami .. Doa ibu doa yang selalu dimakbulkan olehNya.. Amin..


Bertabah lah wahai Ibu.. Insyaa Allah semua yang berlaku ada hikmahnya.. Inilah dugaan buatmu Ibu insan teristimewa...

                        "Allah tidak membebani seseorang melainkan 
                                  sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. 
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
(94:5-6)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK