Monday, July 8, 2013

LIBAS!!

As salam duhai teman.. Tengah buat apa tu? Ok kalau anda yang free free tu moh le menonton filem bertajuk LIBAS yang sedang ditayangkan di ASTRO RIA pada tika dan saat ini.. 



Ada yang pernah menonton filem ini dahulu dan ada juga yang belum.. Jadi pada yang belum tu moh le layan filem ni sama sama.. Mungkin ada juga yang tak tahu bahawa filem Libas ini sebenarnya merupakan hasil idea asal oleh En Jurey Rosli dan somi Mak Dara Martias Ali. Idea untuk membuat filem ini telah terhasil pada tahun 2003 lagi. Skrip Libas kemudian telah ditulis oleh Martias Ali. Dan sebenarnya Mak Dara juga ada menulis sedikit untuk filem ni hehe. Namun skrip ini telah diolah kembali 100% oleh somi mak Martias Ali pada tahun 2008. Dan akhirnya setelah bertahun tahun pembikinan filem ini,  Libas akhirnya telah pun ditayangkan di panggung pada 29 September 2011. Dan kini ia ditayangkan di Atsro Ria pula:)

Walaupun nama Mak Dara tidak diletakkan di kredit title bagi Filem ini namun mak sangat berbangga kerana terlibat dalam "the making of the script" hehehe.. Sekurang kurangnya beberapa nama watak yang mak cadangkan digunaka pakai dalam filem tu.. Jadilahhhh kann hehehehe... 


Ok kalau sudi jom menonton LIBAS di Astro Ria sekarang ya.. 
Selamat menonton!!!


Akhirnya Selesai Jua..

Syukur alhamdullilah.. Semalam kerja kerja perpindahan rumah Ibu Mak Dara akhirnya selesai juga.. Perghhhh tak sangka banyak trip juga harus dibuat oleh lori yang mengangkat barang barang rumah Ibu MD tu.. Memang betul kita takkan tahu berapa banyak barang yang kita miliki selagi kita tak berpindah.. Bila dah berpindah ni semua barang yang tak perasan ke yang hilang ke pasti akan jumpa balik dan menambahkan kebanyakkan barang yang dah sedia ada hehe...

Adik ipar tengah lekangkan almari 

anak mak si Adza Haiqal atas lori

tengah naikkan tilam tilam ke lori


anak mak dpn lori sdg siap untuk trip kedua

saudara MD sedang turunkan barang di rumah baru

Haaa nampakkan gambor di atas tu kira mcm 30% aje barang yang dipindahkan. Time tu baru dlm pukul 8 malam lebih.. Sebenarnya perpindahan itu berlarutan sampai tengah malam.. Maunya tak sampai ke malam, lori suruh datang tengah hari tapi dia datang pukul 6 ptg.. Hangin juga kami sekeluarga dibuatnya.. Dan perasan tak banyak gambor di atas banyak gambor anak mak si Adza Haiqal aje.. Ni lah padahnya kalau suruh anak tangkap gambor, dia akan snap gambor dia aje yang banyak haha adoiii.. Tapi takpelah juga sebab mak dara pun berpakaian sempoiii sangat.. ye lah tengah nak pindah mana lah sempat nak lilit tudung macam Hana tajima tu kan.. so pakai je tudung ala ala tudung makcik haha.. 

Nak tahu... adik adik mak dara nak kenakan mak dara diorang nak jugak snap gambar mak dara yg "serogeh" (muka tak sudah/buruk).. Nasib baik mak sempat tarik satu kain batik dan terus pose gaya ini..

hahahaha meroyan tak hengat

Hahaha tak dapat le diorang snap gambar mak kenakan tudung ala makcik makcik tu walau pelbagai cara telah dilakukan .. Tapi lepas tu diorang bahan pulak mak kata mak ni nenek kebayan.. Adoiiii gerammm tauuuu hahahaha...  Takpelah dalam bergurau senda barulah kurang stress berpindah kan.. Dan yang penting semua barang barang telah selamat sampai kerumah baru Ibu Mak Dara ni.. Semoga Ibu mak dara gembira tinggal di rumah baru ini Insyaa allah .... 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK