Thursday, July 11, 2013

SHOOTING LAGI!

Hari ni Mak Dara akan follow somi Mak Dara Martias Ali ke set penggambaran sebuah iklan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM). Yup shooting lagi Ini adalah iklan kedua yang akan diarahkan oleh somi Mak Dara dan diterbitkan oleh syarikat TWO TONES Sdn Bhd.. Pada iklan kali ini akan memberi kesedaran kepada semua orang tentang "family planning" iaitu kaedah perancang keluarga. Iklan iklan ini akan ditayangkan di MEDIK TV tak lama lagi.

Para pelakon yang akan berlakon dalam iklan ini ialah UCOP CECUPAK dan juga... Jeng jeng jeng.. Adik Mak Dara sendiri iaitu Adza Rinawati!! 

Ucop Cecupak dan Adza Rinawati

Inilah 5 pelakon kanak kanak yg melakonkan 
watak sbg anak anak Ucop & Rina :)

Haaaa di gambar di atas sekali tu adalah salah satu babak dalam iklan ini. Konon kononnya adik Mak Dara yang memegang watak menjadi isteri kepada Ucop Cecupak telah hamil hampir setiap tahun ini adalah kerana kurang peka akan kaedah perancang keluarga.. Haaa adik mak nampak macam betul betul mengandungkan? PAdahal di perutnya diikat dengan bantal kasi nampak macam 9 bulan mengandung hahahaha.. Uishhhh jenuh juga dia kena usik di set sebab belum kahwin dah "mengandung" hahaha adoiii.. Yang gambar kanak kanak itu pulak adalah pelakon kanak kanak yang melakonkan watak sebagai anak anak Ucop dan Rina ehhehe.. Ramaiii kannn.. 

somi mak dara (tengah) sedang asyik berkarya

Di set lokasi di Warung

Action!! 

Somi Mak Dara sedang arahkan Ucop (baju merah) untuk babak itu

Mak Dara duduk sambil nengok somi buat kerjanya hehehe
(sila abaikan muka yg sememeh tanpa sbrg makeup itu wahaha)

Adik MD Adza Rinawati sedang disolek oleh Makeup Artis

Lokasi penggambaran hari ini pula adalah di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di AU3. Nantikan update terkini dari Mak Dara sebentar nanti ye :) Doakan agar shooting hari ini berjalan dengan lancar ye Insyaa Allah..

Pssttt psstttt... Mak Dara mengimpikan satu hari nanti dapat buat kisah pasal blogger dan nak jemput rakan rakan blogger berlakon dalam drama tu.. Kompom bestttt kannnn!! Hmmm bilalah impian ni akan menjadi kenyataan.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK