Saturday, July 13, 2013

Maafkan Kami... Maafkan Kami...

As salam duhai teman..Mak Pasti ada ramai yang dah merajuk dengan Mak Dara kerana sudah jarang jarang.. kadang kadang... membalas komen komen yang telah diberikan di entry entry Mak Dara dan dah agak jarang kebelakangan ini bagi mak dara membalas kunjungan ke blog anda kan.. Ohhh jangannn marah dan tolong jangan majukkk dengan mak pweaseee pweaseee. Sebabnya perkara ini berlaku disebabkan Mak Dara agak sibuk sejak kebelakangan ni menulis skrip bagi sebuah rancangan masakan sebanyak 13 episod bertajuk KEMBARA MENU BUJANG..


Kalau anda nak tahu Mak Dara dan adik Mak Dara iaitu Adza Emie yang menulis skrip untuk rancangan ini. Dan sehingga hari ini kami baru siapkan hanya 6 episod sahaja . Terdapat lagi 7 episod yang harus ditulis. Sedangkan pihak penerbitan telah pun memulakan penggambarannya.. Haaa maunya tak kalut Mak Dara dan adik dibuatnya.. Jadi memang tak dapat fokus benda lain termasuk blog selain dari menulis skrip ini. Mak Dara harap anda semua faham akan keadaan mak dara ini ya... Korang pun tahu dan kenalkan Mak Dara macam mana.. Setiap komen pasti mak akan balas beserta dengan kunjungan balas ke blog anda kann kann kannn.. Kali ni je yang tak dapat dielakkan.. Semoga korang semua maafkan mak ye.. 

Maafkan Kami.. Maafkan Kami...Maafkan Kami.. Maafkan Kami...
Maafkan Kami.. Maafkan Kami...Maafkan Kami.. Maafkan Kami...
Maafkan Mak Dara yer... :(

Insyaallah sebaik saja Mak Dara habis menulis skrip rancangan masakan ni moh kita meroyan beramai ramai kembali yer yer yer hehehe.. Sayanggg korang ketat ketat..

Ayah Dira Abu Zahar Meninggal Dunia - Al Fatihah

As salam duhai teman pasti sudah ramai yang mengetahui berita sedih ini, namun mak dara baru sahaja mendapat tahu sebentar tadi. Salam takziah mak dara ucapkan kepada pelakon Dira Abu Zahar yang baru sahaja kehilangan ayah yang tercinta. Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia di kediamannya di Merlimau di sini akibat komplikasi kencing manis dan buah pinggang kira-kira pukul 6 petang tadi.

semoga Dira dan keluarga tabah menghadapi pemergian ini.. 
pic dari blog Dira http://blogdira.blogspot.com/

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Seri Khalijah Mohd Jiddi dan enam orang anak iaitu Zalina, Roslaini, Marina, Zuraini dan Khaidirah serta seorang anak lelaki Mohd Aidi Iskandar. Allahyarham merupakan Ketua Menteri Melaka Kelapan dan mula menjawat jawatan itu pada 23 Mei 1997 sehingga 2 Dis 1999 sebelum digantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. 

Dira telah berkongsi status bagi memaklumkan berita sedih ini melalui laman istagramnya..


Allahyarham dijangka dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Al-Azim, sebelum Zohor esok. Mak Dara doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. AL Fatihah..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK