Monday, July 15, 2013

Genap 2 Tahun Penghijrahan Ku.. Syukur Alhamdullilah

Dengan kedatangan Ramadhan pada tahun ini maka genaplah dua tahun "penghijrahan" mak dara. Syukur alhamdullilah siapa sangka dari hanya ingin mengenakan tudung untuk majlis berbuka puasa bersama keluarga Mak Dara di CROSSROADS Concord Hotel Shah Alam pada 2011, akhirnya terus membuatkan mak dara terbuka hati untuk berhijrah.. Masih teringat lagi saat saat itu...

pic Ramadhan 2011


Mak Dara bersama Ibu, adik, anak2 & Anak buah



Kelakor jugak bila ingat masa nak kenakan tudung hitam tu.. Siap bukak tutorial di youtube lagi.. Tapi part yang bestnya takde langsung rasa tak selesa sepanjang majlis berbuka puasa tu.. Mak pening jugak kalau lilitan tudung mak tu terbuka ke, mana nak cari youtube nak pasang balik kan hehe tapi syukur semuanya berjalan dengn lancar sekali.  

Sebaik sahaja habis majlis itu mak dara kembali seperti biasa. Namun setiap kali mak dara ingin melangkah kaki keluar dari rumah namun terasa berat.. seakan ada sesuatu yang tak kena dengan penampilan mak dara itu. Memang mak dara tak tahu macam mana nak terangkan perasaan mak setiap kali perasaan itu datang.. Mak berdoa pada tuhan untuk terangkan hati mak untuk memahami apa yang tersirat dalam kegelisahan mak dara tu akhirnya semuanya terjawap. 

Tak dapat mak terangkan bagaimana mak mendapat jawapannya namun semua kegelisahan mak dara itu hilang sebaik sahaja mak melangkah keluar rumah dengan mengenakan hijab.. Syukur alhamdullilah kepada Allah swt atas segala galanya. Akhirnya pejam celik pejam celik kini genap dua tahun penghijrahanku moga ia kekal selama lamanya...amin.


Nota: Pada anda yang ada teman teman yang tiba tiba nak cuba bertudung dibulan puasa janganlah diperlehkehkan niatnya itu. Jangan pula beranggap bahawa dia hanya akan "berubah" hanya di bulan puasa.. Berikan dia sokongan dan semangat dan diringi doa.. Mana tahu hatinya terbuka untuk terus kekal menutup aurat selepas itu. renungan bersama :)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK