Wednesday, July 24, 2013

Eksklusif Gambar Anak Prince William dan Kate Middleton

Setelah melahirkan putera sulung mereka semalam, Prince William dan Kate Middleton memperkenalkan anak lelaki mereka kepada seluruh rakyat dengan membawa putera itu keluar Hospital St Mary untuk tatapan semua. Kate dan Will, kedua-dua bergilir-gilir membawa putera mereka itu . Difahamkan bahawa putera mereka itu masih belum diberikan nama..

Mari mak dara kongsikan gambar eksklusif gambar gambar anak Prince William dan Kate Middleton yang telah dikeluarkan oleh fanpage milik Prince Harry  









Waduhhhh comel sekali putera sulung Will dan Kate ini.. Ada iras iras Prince Wiliam sikit kan.. Apa apapun Sekalung tahniah Mak Dara ucapkan kepada Duke and Duchess of Cambridge dan juga kepada seluruh rakyat united Kingdom atas kelahiran putera ini!

#sumber dan gambar adalah hak milik terpelihara  https://www.facebook.com/princeharryfanspage


Surprise Dari Blogger Pheonix

As salam duhai teman.. Seperti sedia maklum, baru baru ni Mak Dara ada ke Bandung untuk membeli pakaian lebaran untuk anak anak Mak Dara kan. Dan semasa ketiadaan Mak Dara di sini rupanya terdapat satu bungkusan istimewa telah dihantar ke rumah Mak Dara. Dan semasa mak dara pulang baru mak dara menerima bungkusan itu dan terkejutnya mak dara bila ia datangnya dari teman blogger iaitu Pheonix yang memang sedari dulu banyak memberi sokonan buat blog picisan lagi meroyan mak ni..

sampul bungkusan dari Pheonix

Nak tahu apa isi di dalam bungkusan ini.. Jap ek mak kasi buka.. jeng jeng jeng... 

kain batik!!!!


Waduhhh memang terharu mak dara dibuatnya apabila menerima sehelai kain batik dari Pheonix. Memang cantik kain dan corak kain batik yang diberikan kepada Mak Dara ini.. Rupa rupanya Pheonix ada membuat satu entry special untuk semua teman teman bloggernya di entry second suprise!!!!! kejutan yang diberikan sempena menghargai teman blogger yang sering singgah di blognya dan Pheonix anggapnya sebagai 'Best Blogger Supporter Award'

Waduh teruja Mak Dara bila dengar pasal award award ni.. Ye lah kali terakhir menang award pun pada MSMW 2012 tahun lepas.. Tu pun menang "Worst Blog Of The Year" hehehe.. So kali ni dapat 'Best Blogger Supporter Award' ni memang terujaaa sangat uols hehe.. Jutaan terima kasih kepada Pheonix atas surprise dan hadiah ini.. Mak dara sukaaa sangat sangat.. Ni yang nak nyanyi lagu Anuar dan ELina ni... Kain pelikat lalalala.. klain pelikat lalalala... kain pelikat diguna di sini sanaaaa... Eh kain pelikat  dengan kain batik lebih kurang sama lah kan.. hentam je lah hehe tenkiuuu dik..



pst pst.. jom terjah blog Pheonix laju laju.. Klik SINI untuk ke sana


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK