Hari ini Mak Dara telah ditemuramah oleh tiga orang student Kolej Universiti Islam Selangor Iaitu Aisyah, Wawa dan Ainol. Temuramah apa? Haaa sebenarnya mereka nak temuramah mak dara untuk
mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan penulisan di Malaysia. Wow
i feel so honored! Haaa teruih keluaq bahasa england mak haha.. Tapi
bila difikirkan balik.. Biar betul diorang nak interview Mak Dara kerana
Mak Dara ni hanyalah seorang penulis yang sangat kerdil berbanding dengan penulis penulis skrip yang bernama besar dan tersohor yang lain. Tapi jika diorang tak keberatan untuk menemuramah penulis picisan seperti Mak Dara ni, Mak Dara on aje hehe.
Jadi temuramah itu diadakan sebentar tadi di rumah Mak Dara. Pelbagai soalan yang diajukan oleh Aisyah , Wawa dan Ainol dan syukur alhamdullilah mak dapat menjawapnya dengan berdasarkan pengalaman Mak Dara yang telah berkecimpung selama 17 tahun dalam bidang penulisan skrip ini. Nasib baik angin meroyan mak tak keluaq hari ni.. Kalau tak mau naya adik adik tu nak layan meroyan mak hahahha..
Mak Dara sedang menunjukkan beberapa karya Mak Dara kpd mereka
Mak Dara, somi dan anak anak bersama Aisyah, Wawa dan Ainul
setelah selesai sesi temuramah.
Akhirnya sesi temuramah itu pun berakhir dengan jayanya.. Harap harap apa yang mak dara jawab dalam sesi temuramah itu dapat memberi info yang cukup mengenai perkembangan penulis dan penulisan skrip di Malaysia insyaa allah.
Terima kasih kepada Aisyah, Wawa, Ainol dan juga Kolej Universiti Islam Selangor kerana sudi memilih mak darasebagai salah seorang penulis skrip untuk ditemuramah untuk assigmnet ini.. All the best buat Aisyah, Wawa dan Ainol untuk tugasan ini ya dan semoga kita dapat bertemu lagi insyaa allah ..