Monday, July 29, 2013

Kasut Raya.. Raya Kasut..

As salam duhai teman salam Ramadhan yang ke 20.. Haa amacam dah siap ke persediaan untuk menyambut hari raya tak lama saja lagi ni.. Mak Dara dah pun membuat persiapan agak awal dengan membeli pakaian dan busana raya kami anak beranak di Bandung dua minggu lepas.. Memang takde masalah sangat nak mencari saiz baju untuk anak anak di sana. Tapi kasut... Haaaa kasut memang mak tak beli untuk anak anak di sana kerana kasut ni susah sikit.. Walau terbesar sikit pun dah tak boleh pakai.. kalau baju tu boleh le jugak betul betulkan dan jahit sendiri kan.. Jadinya semalam Mak Dara dan somi bawa anak anak pegi beli kasut raya mereka di Wangsa Walk Mall ...

MD "Cepat pilih kasut rayaaa!!" lol


Adza Danina memilih kasut rayanya

Adza Isabella pilih kasut raya pink

Adza Kasih pun sedang nak mencuba kasut

Setelah berpusing pusing satu Wangsa Walk Mall tu akhirnya ketiga tiga anak dara Mak Dara telah dapat kasut raya mereka.. Semuanya dibeli di 3 kedai yang berasingan.. Haaaa nama aje adik beradik tapi taste dan citarasa lain lain.. Jenuh mak dan somi ke FOS lah.. ke kedai tingkat satu lah.. tingkat dua lah baru dapat memenuhi permintaan anak dara kami yang bertiga tu.. 

Adza Kasih, Adza Danina & Adza Isabella
bersama kasut raya masing masing.

Syukur alhamdullilah 3 pasang kasut raya untuk anak anak dara dah settle.. Hari ni akan bawa anak teruna mak si Adza Haiqal pulak untuk cari kasut raya buatnya.. Fuhhh nasib baik anak cuma 4 kalau macam orang dulu dulu yang punyai anak 7..8..9..10 orang... baru betul betul raya kasut dah bukan kasut raya lagi dah kekdahnya hahaha mau pengsan hahaha...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK