Sunday, August 4, 2013

Perang Suami Isteri Bakal Bermula Tiap Kali Tiba Raya

Somi: Saya tak kira tahun ni kita balik kampung saya!
Istri: Eh mana boleh asyik asyik kampung awak saja, 
kampung saya pulak bila?
Somi: Kampung awak kita balik ikut tahun lompat. 
Kira empat tahun sekali baru balik lah!
Istri: Eh banyak cantik muka awak!!

Haaaaa pernah alami situasi begini? Rasanya pasti ada.. Terutamanya pada pasangan suami isteri yang baru saja berumah tangga.. Ye lah baru nak atur first raya ke mana.. Kalau yang dah lama lama kawen ni dia dah sedia maklum dah giliran kampung mana untuk pulang berhari raya kannn.. 

Macam mak dara sendiri, Mak Dara dan somi tak berapa mengalami masalah ini kerana antara rumah Ibu Mak Dara dan rumah Ibu mertua sangat dekat. Dimana rumah Ibu Mak Dara di Wangsa Maju hanya 3 min sahaja dari rumah dan rumah Ibu mertua di Rawang hanya 40 min saja dari rumah. Pi mai pi mai dalam Selangor jugak kan.. Jadi telah menjadi aturan pada tiap kali hari raya di mana kami sekeluarga akan merayakan pagi hari raya pertama di rumah ibu mertua Mak Dara di Rawang. Kemudian pada petang raya dan selebihnya di rumah Ibu Mak Dara. So memang aturan yang adil jadi takdelah masalah untuk mak dan somi. Selama 16 tahun berkahwin dengan somi Mak Dara sebanyak 12 tahun berhari raya pertama di rumah Mak Mertua mak dara tu.. Yang balance 2-3 tahun tu masa mula mula kami nikah.. Time tu Ibu Mak Dara masih tinggal di Kedah so masih wujudnya giliran balik kampung haha .. 


Jadi persoalannya sekarang. Kemana Destinasi anda pulang beraya tahun ini?




Walau kemana jua anda pulang beraya diharap tiada perang yang meletus ok.. Yang penting kompromi dan bertolak ansur antara somi dan istri. Bincang baik baik.. Kalau tak boleh juga ajak OO SOM ka ataupun baling dadu dan tengok sapa menang so balik ke kampung yang menang hehe.. Semoga tak ada adengan perang antara somi isteri macam dalam gambor di bawah ni ...

(Mak Dara & Somi dalam teksi di bandung
sekadar gambar hiasan lol)

Haaa.. Sila elakkan babak cekik mencekik antara somi dan isteri di dalam kereta ya hahahaha...  Akhir kata semoga anda selamat pulang ke kampung dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf zahir batin dari Mak Dara sekeluarga..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK