Friday, August 9, 2013

Sungai Bakap

Fuhhhh dari siang tadi hinggalah hampir tengah malam ini baru mak dara semakin hampir ke kampung halaman mak dara di Kulim.. Jalan jemmm membuatkan kami lambat untuk sampai ke destinasi. Namun biarlah lambat asalkan selamat ye dak..
Sekarang mak nak masuk ke kawasan jawi dan melintasi Sungai Bakap.. Haaa anda pernah dengar dengan nama Sungai Bakap ni.. Kalau nak tahu...  Dulu moyang kepada moyang mak dara yang bernama Tok Bakap telah meneroka dan membuka kawasan ini dan dia namakan kawasan itu sebagai Sungai Bakap.. Jadi bila tiap kali balik kampung dan melalui Sungai Bakap hati pasti terharu.. Lama betul mak dara dan keluarga tak menjenguk ke dusun dusun milik keluarga di sana..

Wahh tetiba kongsikan sejarah keluarga mak dara la pulak kan.. Ok sebentar saja lagi mak dara akan tiba di Kulim nanti mak update lagi ya...



Beraya Di Teluk Intan

Dalam perjalanan mak dara dan keluarga ke kampung halaman Mak Dara di Kulim Kedah, mak dara singgah sebentar di rumah makcik Mak Dara di Teluk Intan..

Makcik Zawiyah merupakan kakak kepada Ibu Mak Dara. Tahun ini merupakan tahun pertama Makcik Zawiyah serta ibu MD sendiri beraya tanpa suami.. Suami Makcik Zawiyah telah meninggal pada bulan september tahun lepas manakala arwah ayah mak dara pula meninggal dua minggu selepas itu.. Walaupun mereka bersedih beraya tanpa yang tercinta namun tatkala mereka bertemu terpancar keceriaan di wajah masing masing..  Alhamdulillah sekurang kurangnya terubat juga kedukaan kedua beradik walaupun sedikit ...

Moh mak dara kongsikan gambar kami di rumah makcik mak itu ya.. Gambar yang bertudung biru tu Makcik Zawiyah dan yang bertudung hitam itu adalah ibu mak dara...
Ok kini masanya kami menyambung perjalanan kami.. Kulim here we come....



Balik Kampong.. Ooo Balik Kampong

Pada tika dan saat ni mak dara dan keluarga dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mak dara di Kulim Kedah Darul Aman.. Yeayyyyy cheq nak balik kampong habaq maiiiii.... Waduhhh tak sabaq nak jumpa sanak saudara, sahabat handai semua..

Ada tak blogger kulim kat sini.. Boleh la kita jumpa.. Ada ka yang sudi jumpa ngan cheq ni heheh..

Ok mak nak sambung tidoq sat.. Biaq somi drive sambil layan jerit dan hingaq anak anak yang dok nyanyi lagu raya ni hehehe..

Kulim aku datang......


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK