Monday, August 12, 2013
Balik KL Ooo Balik KL

3 Rumah Jiran Mak Dara Dipecah Masuk
Masyaallah.. Terkejut besar mak dara apabila mendapat berita bahawa telah terjadi kejadian rompakan di kawasan kejiranan Mak Dara.. Bukan satu, bukan dua tetapi tiga rumah telah dipecah masuk.. Dah la mak dara masih berada di kampung ini, dalam kepala otak mak dara kompom kompom rumah mak dara antara salah satu rumah yang telah dipecah masuk tu.. Namun setelah meminta adik mak dara yang berada di KL untuk melihat keadaan rumah mak dara barulah kami tahu bahawa rumah mak dara tidak dipecah masuk namun rumah yang dipecah masuk itu adalah rumah 3 jiran mak dara.. Masyaallah kesiannya pada mereka.. Difahamkan sehingga kini banyak polis masih berada di dana membuat siasatan... Semoga mereka berjaya menangkap penyangak yang melakukan rompakan itu..
Kalau ikutkan hati mau juga balik kr KL petang tadi namun oleh kerana jemmmm yang gilaaaa maka kami akan pulang ke KL esok pagiiiiii... Oh memang macam tak percaya apa yang berlaku ni. Semoga jiran jiran mak dara tabah dan sabar dengan musibah ini :(
