Adoiiiii Gambar Mak Dara Di Curi Lagi!! Hari tu kes di gravatar.. Kali ni di facebook pulak.. Ya banyak teman teman Mak Dara telah maklumkan pada Mak Dara tentang sebuah acc FB Autumn Fied yang telah menggunakan gambar Mak Dara sejak dari bulan June lagi.. Mak Dara telahpun ke link yang diberikan oleh teman teman Mak Dara tu..
Ramai teman teman Mak Dara pm mak yang
menyangka kan mak telah membuka fake acc.. Masyaallah.. tanpa sebab telah
menjadikan ia sebuah fitnah.. Jadi mak ke link yang diberikan oleh beberapa teman
saya tu dan terkejut melihat acc itu yang telah menggunakan gambar Mak Dara
itu.. Lalu mak dengan secara baik meminta beliau meremovekan gambar mak itu
kerana tidak mahu terjadinya fitnah dan kekeliruan antara Mak Dara dan teman
teman mak.. Mak Dara siap ucapkan selamat hari raya lagi buat beliau.. Namun
sayangnya dia telah remove komen mak itu dan telah block Mak Dara. Namun tuhan
maha adil kawan kawan mak yang juga merupakan teman beliau mengadu bahawa
beliau masih lagi menggunakan gambar saya itu sehingga hari ini.. Dan kali ini
Mak Dara meninggalkan banyakkkkkk komen di wall beliau supaya tidak menggunakan
gambar mak dara lagi dan mak pasti beliau akan remove kesemua komen komen mak
dara itu sebentar saja lagi dan akan juga block Mak Dara ini untuk kali kedua..
Untuk mengelak kekeliruan kepada teman teman Mak Dara hanya mempunyai dua buah acc FB iaitu Adza Irdawati Adenan dan acc kedua Adza Irdawati acc kedua dibuka kerana acc pertama Mak Dara tu dah full.. Jadi selain dari dua acc FB ni bukanlah Mak Dara.. jutaan terima kasih kepada semua teman teman Mak Dara kerana perasan dan beritahu saya tentang hal ini.. Really appreciate it sooo
much... Pada teman teman yang sudi report acc Autumn Fied juga jutaan terima kasih Mak Dara ucapkan kepada anda.. Pada yang belum tu boleh juga tolong Mak Dara reportkan....
Kepada Autumn Fied jika anda ingin meneruskan menggunakan gambar saya teruskanlah.. Namun saya tidak izinkan . Biarlah itu antara anda dan Allah swt..
Nabi SAW pernah berpesan yang bermaksud "Seorang mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam mukmin." Maknanya , ketika dalam hati seseorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan mencuri. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah SWT. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah SWT melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.