Friday, August 16, 2013

Rumah Terbuka Mak Dara

Asslammualikum duhai teman.. Haaaa pepagi tadi somi mak bikin surprise pada mak.. Tetiba aje berkata jom buat open house.. Mak gelak aje memula tu ingatkan dia saja melawak tapi rupanya dia tak melawak tapi benar benar kejadian.. Memang itulah cara somi mak.. Dia suka buat planing last last minute haha.. Takpe nasib baik bini dia ni terorrr dan tak terus panik.. Jadi dalam masa hanya satu hari aje mak dara bersiap sedia untuk majlis open house Mak Dara esok.. Petang tadi mak dara dah masak rendang daging, rendang ayam, ketupat, kuah lontong, kuah kacang. Lepas tu mak dapatkan canopy dan dah pun siap pasang di depan rumah petang tadi..

Dan tika dan saat ini Adik Mak Dara tolong mak masakkan laksa Kedah manakala Ibu mak dara masak pulut kuning dan kari daging.. Haaaaa itulah menu mak dara untuk open mak esok.. Simple je kan.. Itu ajelah yang termampu Mak Dara buat atas notis 24 jam untuk bersiap sedia buat open house ni huhuhuu...

Jadi di sini dengan rendah diri dan rendah ketinggiannya Mak Dara nak menjemput anda untuk ke rumah terbuka Mak Dara yang bertempat di AU5D/3 Lembah Keramat. Tapi Mak Dara buat kecil kecilan aje tauuuuu hehehe

Pada yang sudi datang ke rumah terbuka Mak Dara esok bolehlah PM Mak Dara di FB mak @ https://www.facebook.com/adzairdawati dan mak dara akan berikan alamat penuh rumah Mak Dara ye..

Jumpa anda di sanaaaa di sanaaa di sanaaaa......




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK