Thursday, August 22, 2013

NO BIBIK NO PROBLEM


Al kisah dah hampir dua hari Mak Dara tak update blog Mak Dara ni kan.. Kalau nak tahu antara faktor yang membuatkan Mak Dara tak ada masa untuk menghupdate blog adalah kerana Bibik Mak dara baru je melarikan diri.. Haaaaa Mak Dara jamin tiada penderaan telah dilakukan terhadap bibik mak dara tu.. Ada kawan yang kata "kau kasi gaji tak cukup kot?" Ehh gaji RM750 sebulan dah lebih 2 juta rupiah kalau tak cukup lagi tak tahu lah kannn..  Memang panjanggggg kisahnya dengan bibik Mak Dara tu.. Kalau nak ceritakan pun dah rasa macam layak dibuat drama bersiri aje.. 

Semuanya kerana "lelaki".. Bila dah ada boyfriend susah le nak dicakapkan lagi.. Yang bestnya dah ada somi yang keja kontrak di klang, tapi boleh pi kawen baru.. Lepas tu somi lama cari terus lari.. Hmmm macam macam lah diorang ni.. Memang dah banyak dah dengar tentang diorang ni yang senang senang je kawen.. Tapi ni first time yang terjadi pada maid mak dara.. Memang boleh kawen macam tu aje ke diorang ni ek.. Macam main kawen kawen je . Tak takut dosa pahala ke masyaa allah.. 

Apa apapun mak dara dah buat report. Harap dia tak menganiaya mana mana majikan pada masa akan datang.. Hmmm diorang ni kan mula mula datang kata nak mencari rejeki yang halal untuk anak di kampung.. Tapi bila dah dapat keja macam ni pulak.. 

Sooo sekarang mak dara akan jarang jarang kadang kadang je menjenguk ke blog ni.. Insyaa allah dalam proses mendapatkan bibik terbaru.. Lepas tu kompom akan mengatifkan kemeroyananku di sini kembali.. Uwaaa melayangggg lagi duitku.. Kayaaaa ejen ejen ni kannn... hmmmm redha je lah.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK