As
salam duhai teman.. Tika dan saat ini Mak Dara bersama adik Mak Dara
iaitu Adza Emie sedang menulis skrip drama untuk projek terbaru kami iaitu sebuah drama
bersiri 13 episod bergenre suspens seram bertajuk QARIN!
Pasti
ada yang tertanya tanya apa itu Qarin? Tidak ramai yang mengetahui
tentang Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa
setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai
satu jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam
mahupun siang., mengajaknya melakukan kejahatan danj menahnnya daripada
melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia
digelar Qarin.
Memang
sangat sangat berat genre yang kami bawakan kali ini dalam drama
bersiri QARIN ini. Banyak research harus Mak Dara dan adik lakukan dan
tidak kurang juga harus bertemu dengan para ustaz yang kami kenal untuk
sebarang pertanyaan supaya jalan cerita yang bakal kami lakukan nanti
tidak tersimpang jauh. Doakan agar proses pembikinan drama ini berjalan lancar dan dipermudahkan ya insyaa allah..
Errrrrr serammmmmmmmmmm pulak tiba tiba rasanya malam ni huhuhu...