Monday, August 26, 2013

Mak Dara Dipilih Menyertai Sebuah Rancangan Kesihatan

Haaaaaaaaaa... Tuah ayam nampak di kakinya.. Tuah Mak Dara nampak di..... lemak lemaknyaaaaaaa hahaha... Ya memang pelik tapi benar sama sekali.. Siapa sangka lemak lemak yang berlebihan di badan yang Mak Dara ternak dan pelihara bagai menatang minyak yang penuh selama ni telah memberikan satu kejutan buat Mak Dara apabila telah dipilih untuk menyertai sebuah program TV kesihatan . Tajuk rancangan belum boleh Mak Dara khaborkan lagi pada anda.. Tapi yang pasti rancangan kesihatan sebanyak 13 episod tu akan memulakan shootingnya pada 3hb september depan insyaa allah... 

wish me luck :)

Dalam rancangan itu Mak Dara dan beberapa lagi peserta akan diberikan instructor masing masing dan akan mula bersenam untuk kesihatan dan juga untuk mengurangkan berat badan dan diakhir episod ke 13 nanti kami diharap mendapat hasil yang memuaskan insyaa allah.. Ok lebih kurang begitulah rancangan itu namun takat itu ajelah yang dapat Mak dara beritahu dahulu.. Nanti nanti bila dah nak mula shooting karang mak akan update secara live dari lokasi penggambaran ye..

Doakan agar dipermudahkan untuk Mak dalam rancangan ni ye.. Tenkiuuuu semuaaa....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK