Thursday, August 29, 2013

Filem KL GANGSTER 2 Kena Sailang !

KECOH.. MEMANG KECOH dunia seni tanah air bila tersebarnya FILEM GANGSTER 2 di beberapa laman WEB. Rasanya kini dah ramai tahu akan kes kebocoran filem ini kan.. Masyaallah.. Baru aje semalam Mak Dara bertemu dengan penulis skrip bagi filem KL GANGSTER ini dan tak sangka benar dengan apa yang terjadi ini!! Ini betul betul kerja gangster ni...

Filem ini dijangka akan menemui penonton di layar perak pada 3hb Oktober depan. Namun ada orang yang tidak bertanggungjawab telah membocorkan hasil kerja ini di internet. Siapakah yang tidak bertanggungjawab yang membocorkan filem ini di internet? Tidak tahukah mereka bertapa perit jerih penerbit, para pelakon dan krew untuk menjayakan filem ini. Ada teman yang menyatakan bahawa pengarah filem KL GANGSTER ini iaitu Syamsul Yusof ada mengeluarkan statement mengenai kes ini dan begitu juga dengan fanpage KL GANGSTER 2 sendiri

statement dari fanpage KL GANGSTER 2 

Rata rata semua penggiat seni berasa simpati dengan apa yang menimpa SKOP PRODUCTION ini.. Namun masih ada juga segelintir yang tidak... Hmm seperti adik yang komen di bawah tu.. Boleh la cakap macam macam.. Tak pandai jaga filem sendiri lah.. apalah.. Cuba kalau kena pada batang hidung sendiri.. baru tahu macam mana . Hmmm Mak Dara tak nak komen la pasal adik tu atau sesiapa pun.. Itu pendapat mereka masing masing.

Apa apapun my heart goes to semua yang terlibat dengan filem KL GANGSTER 2 ini. Bertabahlah wahai teman.. Semoga mereka yang bertanggungjawab di atas perkara ini menerima balasannya nanti.. Pada teman teman yang ada link untuk menonton full movie KL GANGSTER 2 ni mak dara seru supaya anda jangan menontonnya..  Apa kata kita berikan full support kepada SKOP PRODUCTION dan ramai ramai menonton KL GANGSTER 2 ini di pawagam pada 3hb Oktober depan ini ya..




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK