Monday, September 2, 2013

CINTAKU DI LANGKAWI

Ohhhh CINTAKU DI LANGKAWI.. Haaaaaa angin jiwang telah melanda Mak Dara sejak dua hari lalu sebaik sahaja somi Mak Dara Martias Ali outstation ke Langkawi.. Somi mak dara ke Langkawi bagi mencari lokasi untuk penggambaran filemnya yang bertajuk KAPSUL . Beliau dan team TWO TONES SDN BHD mencari lokasi lokasi yang sesuai untuk penggambaran filem yang bakal menjalani penggambaran pada bulan November depan.. 

Somi dan team Recce dan meeting KAPSUL di Burau Bay Langkawi.

Recce di Tasik

Gambar diatas adalah beberapa tempat yang telah dilawati oleh Somi mak dara bersama teamnya.. Katanya tempat tempat yang mereka pergi itu bersesuaian dengan penggambaran filem Kapsul itu nanti. Filem KAPSUL ini akan diarahkan oleh somi Mak Dara.. Waduhhh terujaaaaa somi mak dara untuk mengarahkan filem pertamanya itu.. Namun berdebar juga kerana tidak tahu bagaimana penerimaan para penonton nanti.. 

Besok somi mak dara akan pulang dari langkawi.. Dengar khabar dia ada beli banyakkkkk coklat untuk anak anak.. Untuk Mak Dara katanya SURPRISE.. Haaaa part surprise surpeise ni yang buat mak dara nebes ni hehehe.. Semoga somi dan teamnya selamat pulang ke KL esok insyaa allah...

p/s: terima kasih kpd En Amru Najmi aka penerbit filem KAPSUL ini atas gambar gambar yang telah Mak Dara kidnap ini ye hehe

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK