As salam duhai teman. Semalam Mak dara dan somi telah ke Finas bagi menghadiri sebuah pelancaran MALAYSIA SHORT FILM SCRIPT COMPETITION aka Pertandingan Skrip Filem Pendek 2013.
Memang meriah majlis pelancaran itu bertambah tambah tambah meriah apabila Tan Sri Michelle Yeoh pun turut hadir pada majlis itu.. Rupa rupanya Tan Sri Michelle yeoh adalah merupakan salah seorang juri bagi pertandingan skrip filem pendek ini! Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut hadir bagi melancarkan pertandingan tersebut.
Tan Sri Michelle Yeoh sedang memberi ucapan
Pertandingan ini bakal memperlihatkan idea-idea daripada golongan muda untuk mencurahkan kreativiti menerusi skrip dan ia akan dinilai oleh Tan Sri Michelle Yeoh sendiri. Misi pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pertukaran silang budaya perspektif di kalangan rakyat Malaysia.
Ok mari mak dara kongsikan beberapa gambar yang sempat mak dara snap di majlis itu ya..
Maka pertandingan inipun telah dilancarkan.
Waduh waduh sebagai penulis skrip Mak Dara amat amat teruja untuk menyertai pertandingan ini nak nak lagi salah satu jurinya adalah Michelle Yeoh pulak tu.. Fuhhh bayangkan Michelle Yeoh baca skrip yang mak dara masuk bertanding tu.. Kalah tolak belakang asalkan Michelle Yeoh dapat baca hasil karya mak dara pun jadilahhhh! hehe
Mak Dara dan somi di majlis itu :)
Tan Sri Michelle Yeoh dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Perghhhh punyalah ramai yang nak bergambor dengan Michelle Yeoh ni termasuklah Mak Dara sendiri namun agak sukar untuk berbuat demikian kerana beliau dikawal dengan ketat.. Namun mak dara berjaya juga berdiri betul betul dihadapannya semasa beliau tengah bergambar dengan menteri Shabery Cheek tu.. Dan akhirnya impian Mak Dara untuk bersua muka dengan idola Mak Dara Michelle Yeoh TERCAPAI!!!!! Haaa nampak bertapa dekatnya mak dara berdiri depan Michelle yeoh ni kan ahaks.. Dan bukan saja Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek senyum pada mak tapiiiii begitu juga dengan Michelle Yeoh pun sempat senyum pada Mak Dara.. Waduhhh jadilahhh hehe..
Ok apa apapun kepada yang nak menyertai MALAYSIA SHORT FILM SCRIPT COMPETITION ataupun Pertandingan Skrip Filem Pendek 2013 boleh lah ke laman web pertandingan ini di http://myshortscript.com ya. Di sana boleh download borang dan submit penyertaan.. All the best guys!!