Monday, September 9, 2013

MELAMPAU ! Restoran Pasang Filem KL Gangster 2 di Big Screen Secara Haram

Ini memang sudah lebeyyyyyyy... Bukan hanya cerita Filem KL GANGSTER telah dicetak rompak secara berleluasa.. Malahan terbaru mak dara mendapat tahu dari adik Mak Dara bahawa terdapat sebuah restoran di Wangsa Maju yang telah beraninya memasang filem KL GANGSTER 2 di big screen kedainya secara haram. Ini pastinya strategi pemilik restoran tu nak tarik perhatian pelanggan untuk duduk makan makan dan minum minum di kedainya itu..  


Amboi amboi kau ingat kedai kau tu panggung wayang sampai nak tayang filem orang di big screen kedai kau tu...Memang melampau!!!! 


Uishh mak dara pulak yang terlebih marah kan.. Tapi cuba bayangkan kalau kita berada di tempat Dato Yusof Haslam, anaknya Syamsul dan para pelakon pelakon filem itu.. Pasti kita akan marahhhh kan kalau hasil kerja penat lelah kita dirompak begitu sekali. Benar benar bersimpati kepada mereka.

Hmmm... Yang sayangnya adik Mak Dara yang membawa tunangnya makan di restoran tu tak pulak tangkap gambor big screen tu masa diorang tengah tayangkan filem KLG2 secara haram tu!! Aiseymen ni lah kalau takde naluri jadi blogger nih huhu.. Namun tak mengapa somi mak dara telah pun membuat aduan dan laporan kepada pihak FINAS dan diharap pihak finas dan beberapa pihak yang berkaitan akan menjalankan operasi besar besaran bagi mencegah kegiatan tidak bermoral ini. 

Jadi di sini Mak Dara ingin menyeru pada sesiapa juga yang melihat ada yang menayangkan filem KL GANGSTER 2 ini di mana mana tempat awam/public sila buat aduan kepada pihak finas di link ini ya http://www.finas.gov.my/eFeedback/ . Marilah kita sama sama membantu industri seni negara kita.

hantarkan laporan/aduan anda di borang ini  


Apa apapun , apa kata kita SAY NO TO CETAK ROMPAK dan berikan full support kepada SKOP PRODUCTION dan ramai ramai menonton KL GANGSTER 2 ini di pawagam pada 3hb Oktober depan ini ya..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK