Tuesday, September 10, 2013

Selamat Menjalani Peperiksaan UPSR 2013

Pagi tadi maka bermulalah PEPERIKSAAN UPSR 2013! Dan anak Mak Dara iaitu Adza Danina Kirana juga merupakan salah seorang dari calon UPSR pada tahun ini!

Adza Danina Kirana

all the best anakku!

Walaupun anak Mak Dara yang menduduki peperiksaan UPSR, namun Mak Dara yang terover nebes.. Dari semalam susah benor nak melelapkan mata rasa macam Mak Dara pulak yang akan masuk dewan periksa pagi tadi. Tapi anak Mak si Danina tu cool aje.. Ok lah tu maknanya dia confident kannn ehehe

Semoga Danina dapat mengejar cita cita 
Danina bila besar nanti ya!

Ok lah di sini Mak Dara ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon UPSR yang akan  menduduki peperiksaan UPSR yang bermula pada tarikh 11, 12 dan 13 September 2013 ini. Mak Dara mendoakan kepada semua calon-calon UPSR terutamanya anak Mak Dara si Danina agar dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang bersama keyakinan yang tinggi dan jitu. Insyallah .... kejayaan pasti menanti pada mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. 
All the best!!!

 
LOL!!!


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK