Perghhhh.. Bukan senang untuk mak buat entry jiwang jiwang ni tapi hari ni terpaksa dikecualikan kerana hari ini 12hb Sep 2013 maka genaplah ulang tahun perkahwinan Mak Dara yang ke 16 tahun.. Fuhhhhh rasa macam 16 hari lepas aje Mak dan somi Mak Martias Ali diijabkabulkan =)
Pantas sungguh masa berlalu... tup tap tup tap dah 16 tahun dah kami bersama sebagai suami isteri.. Mak amat amat bersyukur kerana telah diketemukan jodoh bersama seorang lelaki yang amat baik, bertanggungjawab dan penyayang seperti Martias.. syukur... Moh mak nak share beberapa keping gambor perkahwinan mak.. hehehehe


Hmmmm 16 tahun dulu dan sekarang memang banyak perubahannya dulu mak takde le "sesihat" sekarang.. Dari berdua kini kami telah berenam.. Cuma satu aje yang tidak berubah namun semakin bertambah ialah.. Kasih sayang mak pada somi mak.. Erkk sebelum ada yang nak muntah pink membaca entry mak ni biarlah mak sudah dengan video yang Mak Dara create sendiri khas buat somi Mak Dara Martias Ali.. Tapi ini video tahun lepas le.. Tahun ni tak sempat buat hehehe.. enjoys..
Kepada somiku Martias Ali... 16 tahun kita bergelar suami isteri. 16 tahun Abg bersabar dengan segala kerenah saya.. 16 tahun Abg melayan segala meroyan saya.. and 16kg+++ after you are still beside me.. And for that and more, I'll love you more than ever . Happy 16th Anniversary yang...