Saturday, September 14, 2013

Gambar dan Video Mak dara Shooting Untuk Rancangan IDEAL

As salam duhai teman.. Ada yang dah tahu dan ada juga yang belum tahu tentang Mak Dara yang telah dipilih untuk menyertai sebuah program TV kesihatan bertajuk IDEAL . Mak Dara akan mengikuti penggambaran ini selama 13 episod. Dan shooting telah pun bermula beberapa hari lalu. Mak dara telah pun selesai shooting untuk episod pertama dan semalam merupakan rakaman untuk episod kedua bagi rancangan IDEAL ini. Moh mak dara kongsikan beberapa keping gambor Mak Dara semasa penggambaran itu ya..

 
mak dara bersama NADIA AF6 host rancangan ini

 
Mak Dara dipakaikan gadget dan kamera di pinggang
bagi mendapatkan view yg menarik dlm rancangan tu :)



 
Coach saya Cik Puteri Hashim tengah shooting

Rancangan IDEAL ini adalah sebuah rancangan kesihatan dan senaman. Di dalam rancangan ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Setiap satu segmen seorang coach akan mengajar seorang peserta plus size (seperti mak dara) cara cara senaman yang berbeza. Ada yang mengajar jazzersice, ada crosstraining, ada pilates dan mak dara telah diassignkan dalam senaman Zumba dan coach Mak Dara ialah Cik Puteri Hashim. Ok moh mak dara sharekan sedikit video dimana mak dara tengah shooting tu ye..
   

Haaaa lagu bollywood lagi uolsss hehehe.. Dalam segmen tu Mak Dara di ajar senaman zumba oleh Cik Puteri Hashim dan turut sama dalam senaman itu ialah pembantu coach Erica dan juga host rancangan IDEAL ini sendiri iaitu Nadia! Memang bestttt betul dapat berzumba.. Habis terbakor semua kalori degil dalam badan mak ni hehe.. Ok itu ajelah yang dapat mak kongsikan bersama anda.. Mak akan update utk episod ke3 dan ke4 bila mak shooting lagi minggu depan ya.. Fuhh tak sabor nak nengok rancangan ni keluor di RTM.. waduhh habis semua boleh nengok bertapa mak dugong ni bersenam hehehe.. Doakan agar mak dara dapat kurangkan berat badan mak ni dipengakhir rancangan ni ye.. thanks guys....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK