Sunday, September 15, 2013

Selamat Hari Jadi Adza Rinawati Yang Ke Ehem Ehem Tahun

Assalam duhai teman.. Hari ini 15hb September 2013 adalah merupakan birthday kepada adik Mak Dara iaitu ADZA RINAWATI yang ke tiga poloh ehem ehem... haaa biasalahkan wanita dan angka umur ni agak sensitip so anda boleh le agak agak berapakah angka yg telah diganti dengan perkataan ehem ehem tu ye hehehe..

Adza Rinawati Adenan

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
YOU ARE BORN IN THE ZOO
WITH MONKEY AND KANGGAROO
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..... hehe

Rina merupakan adik dan anak yang sangat sangat bertanggungjawab dan amat sayang pada family dan paling taat. Dia akan mendahulukan keluarga dalam apa juapun.. Sebab tu belum nak berumahtangga lagi katanya nak jaga ibu kami puas puas dulu.. Syukur alhamdullilah.. 

Semalam kami telah menyambut harijadi Adza Rina di Hotel Royal Chulan KL.. Tema pakaian semalam ialah rock dan leather.. Jenuh jugalah mak dara cari jaket kulit untuk sesuaikan dengan tema majlis semalam haha. Memang meriah betul semalam bila dia kena surprise birthday party macam tu .

SURPRISE!! Happy Birthday!!!

Cepat tiup lilin.. dah habis cair dah ni hehe
dr kiri Mak Dara pegang kek, Adza Rina dan juga our bff Fyma pegang kek

Haa siap bagi ucapan lagi hehe

bila potong lilin menyala balik sbb kami kenakan dia 
dengan magic candle haha

satu lagi kek nak kena potong!

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua sanak saudara dan teman teman yang hadir di majlis birthday Adza Rina semalam terutamanya BFF kami iaitu geng TYPO IKAT TEPI.. Hehehe pelik bebenor nama group kitaorang ni kan tapi memang AWESOME!!!!! Terima kasih atas kek kek, hadiah dan semua persiapan birthday party ni.. Uols memang terbaekkkk.. Moh Mak Dara kenalkan geng geng dan ahli ahli TYPO IKAT TEPI ini..

kiri dari atas, Fyma, Mak Dara, Shieffa, Syaz,
kiri dr tengah, Ally, Adek, Shazroul, Adza Emie, Alfie dan Tuty,
kiri dr depan Abg AMri, Adza Rina dan Iwan.

Rasanya itu hanya sebahagian sahaja dari kami kerana ada yang tak sempat nak join tangkap gambor bersama sama malam tu hehe.. 


Anyway... Happy Birthdayyyyyy Rina.... May all your birthday wish comes true.. Semoga cepat mendapat jodoh ya hehehe.. Luvsssssssssssssss you so much.. Shyyyy... dont tell others.. You are my favvvvvv sister heheheheehe..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK