Thursday, September 19, 2013

Martias Ali Diragut Di Wangsa Maju

Semalam bertempat di stesyen minyak wangsa maju Martias Ali iaitu somi Mak Dara telah diragut! Pada masa itu kami sekeluarga dalam perjalanan untuk ke Hospital Putra Medical Centre di Sungai Buloh untuk melawat saudara kami Abang Amri dan isterinya yang baru menimang cahayamata pertama mereka. Dan sebelum bertolak somi mak mengisi minyak dahulu.

Setelah membuat bayaran di kaunter somi Mak berjalan ke arah kereta untuk mengisi minyak tapi dia mendapat satu panggilan dari adiknya yang memberitahu cara cara untuk kami ke Putra Medical Centre itu. Ini kerana kami tidak pernah pergi ke hospital itu sebelum ini. Dan dengan sepantas kilat satu mamat yang menaiki motor telah menghampiri somi mak dari belakang dan meragut handphone dan sekaligus cermin mata somi mak dara. Dah le power cermin mata somi mak almost 500++ bila dah tak pakai cermin maka dia tak nampaklah untuk melihat nombor plat motor peragut tu.. 

video dr cctv Shell wangsa maju

video ke 2 dr cctv Shell wangsa maju


Memang pantas sangat perkara ni berlaku dan memang tak sempat untuk berbuat apa apa. Somi mak cuba untuk menendang moto peragut itu namun tak berjaya. Kami kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Melawati kemudian kes ini diserahkan pula di Balai Polis Wangsa Maju. 

Jadikan video dan kejadian ini sebagai pengajaran. Tak kira lelaki atau perempuan, kita harus selalu alert dan berhati hati. Penyangak macam ni tak kira waktu dan tempat.. Walaupun di siang hari dan di tempat awam dia kalau nak rompak akan dia rompak juga.. Dah nama penyagak kan macam tu lah resamnya kan.. Jadi berhati hati ya semua..

Namun walau apa yang telah berlaku kami sekeluarga bersyukur kerana tidak ada perkara yang tak diinginkan berlaku terhadap somi mak.. Amin.. Harap harap peragut ini dapat ditangkap secepat mungkin sebelum dia meragut mangsanya yang seterusnya. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK