Friday, September 20, 2013

Undangan Bloggers Ke Majlis Sesi Santai & Pratonton Kembara Backpackers

As salam duhai teman


Di sini Mak Dara nak mengandung.. (errr maafkan saya, angin meroyan datang pulak hari ni hehe) I mean nak mengundang teman teman blogger sekalian untuk ke satu majlis Sesi Santai & Pratonton sebuah rancangan bertajuk KEMBARA BACKPACKERS Bersama MOJI . Majlis ini diadakan dengan bertujuan untuk RE-RUN / Tayangan semula EPISOD PERTAMA rancangan "Kembara Backpackers Bersama Moji" buat semua peminat program bercorak traveling & backpacking. Kalau nak tahu rancangan ini telah diarahkan oleh somi Mak Dara Martias Ali :)

Disebabkan ramai yang terlepas menonton episod yang pertama pada jam 1130pagi hari ahad pada 15hb yang lalu DAN juga ramai yang terlepas siaran ulangan pada jam 2pagi,jadi pihak penerbit mengambil inisiatif untuk membuat siaran ulangan ini dengan menggunakan projector besar / tv besar.Video akan disiarkan dari sumber ORIGINAL FORMAT 1080p / FullHD tanpa iklan ;)Jadi para blogger blogger yang tengah free tu moh le join event ni. 




Maklumat/detail acara:

Lokasi: 
Pawagam Mini P.Ramlee,FINAS, Lot 1662, Kompleks Studio Merdeka, Batu 8, Jalan Hulu Kelang, Ampang, 68000, Ampang, Selangor 68000 (http://www.finas.gov.my/)

Waktu: 
Siaran ulangan ini akan bermula pada jam 1100pagi dan kita akan terus menonton sambungan EPISODE 2 pada jam 1130pagi dan diteruskan dengan EPISOD 2.

Sesi santai ini juga akan turut disertai oleh pihak produksi sendiri.Seperti pengarah program Martias Ali,penerbit En Azman Azif,cameraman & host program tersebut Nazri Arshad@Moji sendiri. Hidangan ringan TURUT disediakan diluar panggung mini . Selepas program ini selesai kami akan adakan sesi soal jawab & sembang2 secara santai..

Jadi ada tak antara anda yang berminat nak join event ni. Kalau berminat sila hantarkan detail anda seperti nama dan berapa pax yg akan hadir pada hari itu ke email mak dara @ mrs_martias@yahoo.com . Hantar sebelum pukul 6:00 petang esok ye

Harap harap ramai yang nak join event ni boleh le kita bersua muka dan bertukar tukar meroyan.. errr i mean bertukar tukar pendapat tentang rancangan ini nanti hehe.. Jumpa di sanaaaa di sanaaa di sanaaaa...

utk keterangan lanjut mengenai acara ini sila klik di link ini https://www.facebook.com/events/633203550064399/


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK