Wednesday, September 25, 2013

Disebalik Penggambaran Episod Ke 5 Rancangan Kesihatan IDEAL

Syukur alhamdullilah pagi tadi Mak Dara telah menjalani penggambaran/shooting sebuah rancangan kesihatan bertajuk IDEAL utuk episod yang ke 5 Dan pada penggambaran pagi tadi mak dara telah mengikuti kelas senaman zumba dan coach Mak Dara ialah Cik Puteri Hashim. Dan turut menyertai kelas Zumba itu ialah pembantu coach iaitu Rica dan juga pengacara bagi program IDEAL itu iaitu Nadia AF. Dan pada pagi tadi setelah mengikuti kelas zumba Puteri selama sejam mak dara telah berjaya membakalr sebanyak 648 kalori!!! perghhh syukur alhamdullilah!

sebelum shooting brmula
dari kiri NADIA AF, Puteri Hashim dan Mak Dara
hadapan Rica


Setelah selesai shooting. Mak Dara menerima penerangan dari 
tuan pengarah En Danial Sri

Syukur alhamdullilah selama hampir dua minggu lebih Mak Dara menyertai program ini Mak Dara telah berjaya menurunkan berat badan hampir 2kg. Harap harap di episod terakhir nanti dapatlah mak dara menurunkan sekurang kurangnya 5kg ke atas huhhu...

Mak Dara akan menjalani penggambaran untuk episod keenam pada Jumaat nanti. Doakan semoga semuanya dipermudahkan ye.. Amin..




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK