Saturday, September 28, 2013

Lelaki Dan Pancing

Haaa ada antara anda yang sominya atau dirinya sendiri terdiri dari geng kaki pancing? Lelaki dan Pancing pasti tak dapat dipisahkan kan.. Memang rata rata kaum lelaki meminati aktiviti ini. Dan tak kurang juga dari kaum hawa yang semakin ramai menemani para somi pergi memancing sekarang ni.. Terbaek lah..

Sebenarnya Mak Dara sendiri tak berapa minat sangat dengan mancing memancing ni.. Bagi mak beli ikan di pasar lebih menjimatkan masa dan menjimatkan tenaga hahahaha itu kata kata orang malas macam mak dara lah.. Bagi kaki pancing pula mereka ada alasan mereka sendiri seperti aktiviti ini dapat merehatkan minda mereka yang letih setelah bekerja seharaian. Ia juga satu aktiviti bagi mengajar kita erti kesabaran yang sebenar. 

Al kisah semalam Somi Mak Dara telah mengikuti teman teman rapatnyanya pergi trip memancing di Tasik Kenyir selama tiga hari. Antara teman temannya ialah Abang Misnin, Abang Sudin , Abang Zaidi Omar dan ramai lagi. Moh mak dara kongsikan gambor mereka pergi memancing tu ye.

somi mak Martias Ali dan Abg Zaidi Omar

somi mak atas bot


siap ada katil lagi atas bot tu hehe

pancing jgn tak pancing bang haha

Nampak macam best aje fishing trip memancing diorang tu kan. Atas bot siap ada tilam lagi hehe..Memang mak dara tabik springlah pada kaki kaki pancing di luar sana.. Kerana mereka ini memang dalam golongan yang penyabar.. Kalau lah mak dara gi mancing dan tak dapat ikan dalam masa patblas minit kompom mak meroyan atas bot kat tengah tasik tu hahahaha..

Apa apapun semoga somi mak dan semua teman temannya dapat membawa pulang hasil tangkapan yang banyak. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK