Sunday, September 29, 2013

MARI BERZUMBA

Waduhhhh sejak Mak Dara menyertai sebuah rancangan kesihatan bertajuk IDEAL, mak dara harus sentiasa jaga pemakanan Mak dara. Tak boleh lagi pakat balun je apa yang ada di depan mata.. Maunya tak, setiap episod mak dara akan mengikuti kelas zumba dan di penghujung episod rancangan tu mereka akan timbang berat badan Mak Dara.. Haaa kalau berat badan naik, tak ke haru biru tu! hahaha.. Maka nak tak nak mak dara harus le berdiet dan bersenam juga walaupun di rumah.. Dan pagi pagi tadi Mak Dara dah pun berzumba di rumah.


Yezzerrrrr Mak Dara berzumba dengan mengikuti video video Zumba yang ada di dalam youtube tu! Haaa ada jugalah snap gambor Mak Dara tengah berzumba tadi tapi bila nengok balik gambor Mak Dara yang amat sememeh tu maka mak lupakan saja niat nak menghupload. Karang ada juga yang kena heart attact nengok wajah mak dara berzumba di rumah ni wahahaha.

Lepas aje mak dara buat senaman zumba. Terus mak dara cari video yang fokuskan untuk membakar lemak di perut Mak Dara ni.. Seriusss macam dah ghupe orang mengandung 7 bulan aje perut mak ni haa.. Ishhh menci tauuu.. Jadiii mak pun ikuti senaman macam di bawah..


Senaman Belly Blaster ni ada kot dalam 20 min lebih. Tapi rasanya mak oiiiiiiii macam terbakor bakor perut dengan tali pusat mak ni haaaa... Hmmm thats means its working la kan.. hehe

Setakat sekarang Mak Dara telah mengikuti rancangan ini sebanyak 6 episod dan Mak dara telah berjaya kurangkan berat badan sebanyak hampir 5kg fuhhhh. Dan diharap pada penghujung dan finale rancangan ini nanti Mak Dara dapat kurangkan lebih banyak berat badan mak ni insyaa allah. Doa doakan mak ye..

Ok apa tunggu lagi.. Mari berzumbaaaaa... 5..6..7..8.. 8.. lagi! :)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK