Thursday, October 3, 2013

Selamat Menjalani Peperiksaan PMR 2013

Oh nebes. Nebesss dibuatnya Mak Dara yang bermula dari semalam. Maunya tak nebes . Anak Mak Dara Adza Danial Haiqal, pada tika dan saat ini sedang menghadapi ujian PMR nya.. Haaaa anak yang ambik periksa mak bapak yang over. Biasalah kan.. Siapa tak mau tengok anak anak berjaya kan.

Adza Danial Haiqal

Hari ni merupakan hari kedua PMR. Harap harap dapatlah dia menjawab soalan soalan yang diberikan nanti insyaa allah.. Tapi semalam semasa Mak Dara interview Haiqal tentang PMR nya tu dia maca confident aje boleh jawab. Moh nengok video interview Mak Dara dan Haiqal tu..



Boleh sangat sangat! Amboi... Haaa dari cakap dia tu mak sendiri yakin yang dia boleh buat. Tapi tak tau la macam mana dengan paper hari ini. Harap harap dia seyakin semalam.. Hehehe kalau dah blogger tu blogger jugak kan.. semua pun nak interbiew.. anak sendiri pun diinterviewnya kannn haha. 

Ok lah di sini Mak Dara ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon PMR yang akan  menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Mak Dara mendoakan kepada semua calon-calon PMR terutamanya anak Mak Dara si Haiqal agar dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang bersama keyakinan yang tinggi dan jitu. Insyallah .... kejayaan pasti menanti pada mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. All the best!!!


Sayangggg anak mak :)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK