Sunday, October 6, 2013

Sambut Birthday Jam 6 Pagi Memang Lain Dari Yang Lain

Selalunya orang sambut birthday ni boleh dikatakan kebanyakkannya 80% waktu malam.. Dan selebihnya siang mostly petang petang sikit gitew betul tak? Haaa ada tak orang sambut birthday jam 6 pagi?!!! Jawapannya adaaaaa!!!!!! Mak Dara buat surprise birthday party somi Mak Dara semalam pada 5hb Oktober 2013 jam 6 pagi!!!! hehehe

Kenapa jam 6 pagi? Sebabnya anak bongsu Mak Dara si Adza Isabella akan mengikuti rombongan sekolahnya pada hari itu. Tak seronok pulak rasanya kalau sambut harijadi tanpa seorang anak. Jadiiii kami buat surprise birthday utk Martias Ali pada jam 6 pagi tadi.. Tepat tepat masa dia kena hantarkan anak ke sekolah.. Moh Mak Dara sharekan gambor yang sempat Mak Dara snapkan pagi tu ye..

Surprise!! Happy Birthday Papa!!

semua tengah blur hahaha

Mak Dara punyalah mengantuk sampai lupa nak taruk lilin 
dah la tu pisau potong kek pun entah kemana LOL

Semua tak nak makan kek.. katanya pagi sangat nak
telan kek hahahaha adessss

 
Hadiah dari Mak Dara. Mak printkan poster filem KAPSUL yang 
akan diarahkan oleh somi Mak Dara pada hujung tahun ini :)

Masa untuk hantar ISABELLA ke rombongan sekolahnya

Video sambutan birthday oleh anak anak yg semuanya mengantuk haha

Haaa itulah nasibnya kalau dah dapat bini meroyan macam mak.. Disambutnya birthday somi di tengah tengah pagi buta wahahha.. Nasib baiklah somi mak dah biasa dengan perangai mak ni hehe.. Tapi.. Tak kira lah pagi atau tengah malam yang penting semua anak anak cukup dan dapat meraikannya bersama itu yang penting betul tak.. 

Kepada somi Mak Dara Martias Ali Selamat menyambut harijadi yang ke 45! Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang bagus dan semoga dipermudahkan penggambaran filem KAPSUL pada hujung tahun ini amin.. insyaallah...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK