Friday, October 11, 2013

Letak Jawatan Sebagai Guru Jika Anak Murid Sebegini Rupa

Perghhhhhh kalau lah Mak dara menjadi guru kepada pelajar yang macam "begini "KOMPOM Mak Dara akan letak jawatan.. Pelajar Macam mana? Haaa pelajar yang macam di bawah ni..


pic google

Haaa tengok cara dia jawab kertas periksa pun dah getar lutut dibuatnya.. Itu baru nak tanya kawan samaada nak derma darah atau tak? Haaa siap ugut nak potong bagai.. Cuba bayangkan kalau cikgu marah kenapa jawab soalan periksa macam ni? Maunya dicincang lumat . Tu belum dia masak kita buat kari ayam lagi wahahaha Adoiii budak budak sekarang ni suka sangat terikut ikut dengan trend zaman sekarang ni kan... Mau meroyan para guru guru dan ibu bapa nak mendisiplinkan mereka kembali. 

Haa ingat senang nak jadi cikgu? Well think again. Mak Dara memang tabik spring dan sangat HORMAT kepada setiap mereka yang bergelar GURU. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai gelagat para pelajar. Namun apa jua , mereka lalui dengan penuh sabar dan dedikasi. Semoga semua guru terus tabah menjadikan semua pelajar berjaya untuk masa depan kita bersama insyaa allah..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK