Saturday, October 12, 2013

Poster Drama Qarin


Haaa amacam Ok tak poster yang Mak dara buat sendiri ni? poster ini adalah untuk drama bersiri 13 episod bertajuk QORIN yang baru saja Mak Dara dan adik Mak Adza Nasyaemie tulis baru baru ini. Ok lah kan.. Mak Dara bukannya teror sangat nak reka reka ni. Photoshop pon Mak Dara tak reti guna.. Ini pun gunakan online editor je. Kira ok lah kan hehehe

Kalau nak tahu Mak Dara telah menulis 69 buah skrip drama sejak Mak ceburi bidang penulisan sejak 16 tahun yang lalu. Dan Mak Dara telah buatkan poster bagi setiap drama yang telah Mak dara tulis itu.. Ye lah sebagai kenang kenangan.. Rasanya dulu hanya Mak Dara saja penulis drama yang buat mcam tu.. Penulis untuk skrip filem tak apalah.. semua filem pasti ada poster kannn.. Tapi sekarang nampaknya dah ramai penulis skrip drama yang mengikut cara Mak Dara hehe..

Kalau nak lihat skrip drama yang pernah Mak Dara tulis ataupun nak tengok poster drama yang mak dara buat boleh le ke FB Mak Dara di album "KARYA KARYAKU" dengan hanya klik di SINI . Haaa di sana ada kesemua 69 buah poster drama yang pernah Mak Dara hasilkan .


Kalau nak tahu Mak Dara pun ada blog selain dari blog ini iaitu BLOG ADZAIRDAWATI iaitu blog yang memaparkan semua drama dan semua sinopsis dan jalan cerita pada setiap skrip yang pernah Mak dara hasilkan.. Kira macam Mak dara punya portfolia le hehe.. Kalau sudi boleh le ke blog Mak tu di SINI :)

Ok berbalik pada drama bersiri Qorin ni.. Penggambarannya akan diadakan tidak lama saja lagi.. Doa doakan semoga penggambaran drama ini berjalan lancar ye.. Terima kasih sumer... Nantikan skrip terbaru dari Mak Dara ye... 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK