Monday, October 14, 2013

Gambar Penukaran Kain Kiswah Kaabah 2013

Assalam duhai teman. Sebentar tadi telah berlangsungnya penukaran kain Kiswah Kaabah untuk tahun 2013. TV AL HIJRAH dan juga beberapa laman web telah menyiarkan live streaming/siaran langsung penukaran kiswah Kaabah ini. 


Kerja penukaran kiswah itu dilakukan setiap tahun ketika jemaah haji berwukuf di Arafah. Kelambu Kaabah yang sudah atau belum digunakan disimpan di tempat tertentu dan kelambu yang digunakan dibahagikan kepada pemimpin dan tokoh tertentu dalam kalangan negara Islam. Penukaran kelambu Kaabah adalah tradisi sejak 1,500 tahun silam dan ia dimulakan sejarahnya oleh Nabi Ismail AS. Sejak itu setiap tahun kelambu Kaabah di ganti hinggalah sekarang. 

Seramai 220 pekerja diberi tanggungjawab menyiapkan kelambu Kaabah dalam setahun. Lokasi pembuatan itu terletak di Masna' Kiswah Ummul Jaud. Kelambu Kaabah bahagian luar berwarna hitam dengan lapisan berwarna putih di bahagian dalamnya, manakala kiswah di bahagian dalam Kaabah berwarna hijau. Sebanyak 670 kilogram benang sutera asli diperlukan bagi membuat kiswah, dana dikeluarkan adalah RM17.5 juta

Di sini Mak Dara ingin berkongsi sedikit gambar yang Mak Dara snap dari kaca TV untuk tatapan anda yang terlepas menonton acara penukaran kain Kiswah Kaabah sebentar tadi.

Kain Kiswah dibawa masuk ke dalam kawasan Kaabah

petugas sedang bersedia untuk menukar kain kiswah Kaabah










Perhatian jemaah umrah dan haji selalu ditumpukan penglihatan mereka kepada kiswah dan Kaabah, di mana begitu penting ganjaran pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud; “120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, 60 rahmat bagi mereka yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi yang mendirikan solat, 20 rahmat untuk mereka yang hanya memandang Kaabah.” (Hadis riwayat Baihaqi). 




Lintas Langsung Penukaran Kain Kiswah Kaabah

Assalam duhai teman. Pada tika dan saat ini Mak dara dan keluarga sedang menonton TV AL HIJRAH Siaran Langsung Penukaran Kain Kiswah Kaabah.

Kain Kiswah dibawa masuk ke dalam kawasan Kaabah

Masyaallah tiba tiba terasa rindu untuk menatap Kaabah di hadapan mata. Teringat lagi pertama kali Mak Dara dan somi mengerjakan Umrah pada Februari yang lalu dan dan bertapa kerdil rasa diri ini tatkala menjejakkan kaki ke masjidil Haram dan pertama kali menatap Kaabah satu perasaan yang takkan dapat digambarkan sampai bila bila. Bilakah akan dipanggil lagi untuk ke sana ..Oh speechless

Pada yang nak menonton Lintas Langsung Penukaran Kain Kiswah Kaabah ini jangan lepaskan peluang anda dan tonton lah TV AL HIJRAH sekarang juga atau anda boleh menonton lintas langsung ini di Live streamik @ http://makkahlive.net/makkahlive.aspx atau di http://www.youtube.com/watch?v=d9uVQnrjkLs




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK