Tuesday, October 15, 2013

Juadah Aidil Adha Mak Dara

Assalam duhai teman..

Di pagi yang mulia ini Mak Dara nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada anda semua. Dan semoga anda semua dapat merayakan Aidil Adha dengan penuh keberkatan isyaa allah.


Mak Dara baru saja selesai memasak juadah untuk raya haji ni.. Mak masak yang simple simple je.. Hehee ok lah kan

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semuaaaaa. Jemputlah datang ke rumahhhhh






Dua Drama Mak Dara Diulang Tayang Malam Ini

Assalam duhai teman.. Waduhhhh seronoknya rasa bila drama drama hasil nukilan Mak Dara ditayangkan di kaca TV. Dan bertambah seronok bila ada drama drama Mak Dara yang telah lama ditayangkan turut diulang tayang oleh stesen TV.

Tapi macam dapat double bonus pulak malam ni kerana dua drama yang mak dara tulis satu ketika dahulu ditayangkan back to back . drama yang Mak Dara maksudkan ialah drama bersiri seram SAKA dan drama bersiri seram bertajuk RADIO


Drama bertajuk Saka ini merupakan skrip yang ke 36 yang Mak Dara tulis bersama sama dengan somi Mak Dara . Dan Drama ini telah pun ditayang di Astro pada tahun 2008 yang lalu.


Drama bersiri seram bertajuk RADIO pula merupakan skrip drama yang ke 40 yang Mak dara tulis bersama sama somi Mak Martias Ali juga. 

Ya Mak dara ni memang gemorrrrr bebenor nulis genre genre seram macam ni. Entah le kenapa.. Tapi kalau nulis skrip seram atau komedi memang laju je jari menaip tapi kalau nulis kisah cinta memang fail. Mungkin sebab Mak dara ni kurang romantik kot haha.. Ok pada yang sedang free free tu sudi sudilah menonton drama bertajuk RADIO yang sedang ditayangkan di Astro Prima sekarang ye.. Dan harap anda terhibur...



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK