Monday, October 21, 2013

Happy Birthday Blogger Boni Kacak

ALLAH selamatkan kamu...
ALLAH selamatkan kamu....
ALLAH selamatkan Ismet Ulam Raja BONI KACAK...
ALLAH selamatkan kamu...


Hari ni merupakan harijadi blogger BONI KACAK. Emm cuma Mak Dara tak pasti harijadi beliau yang keberapa tapi yang pastinya adik Boni Kacak masih lagi mude remaje hehe..

Buat Adik Boni Kacak
Dengan ucapan

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Jom kita ramai ramai terjah ke blog BONI KACAK dan ucapkan happy birthday kepada dia jommmm.. Klik di SINI http://www.bonikacak.com/ 


GYM Khas Buat Wanita

Bila badan dah macam di pam pam seperti belon , bila baju semua dah tak muat, dah kompom kompom lah kita pasti akan pikirkan cara nak buangkan semua lemak lemak degil dengan ke Gym kan? Bagi yang lelaki takde masalah lah nak ke mana mana gym sekali pun. Tapi bagi kaum wanita ni dan yang terutama yang berhijab pasti akan malu dan segan tatkala kena menyertai gym gym yang campur lelaki dan wanita. Ye lah kitaorang segan bila nak senaman lebih lebih karang ditengok dan sentiasa diperhatikan. Yang makcik makcik pulak kalau nak kayuh beskal tu lebih lebih takut pulak diketawakan. Dan yang menjadi masalah pada yang berhijab pula kena jaga auratnya ketika senaman. Jadi antara sebab sebab inilah Mak Dara dan somi beserta adik Mak Dara dan sepupu Mak Dara sedang merancang untuk membuka sebuah GYM UNTUK WANITA sahaja...

Semalam Mak Dara , somi dan adik telah pergi melihat beberapa lokasi kedai untuk dijadikan gym kami. Dan ternyata sebuah kedai di STAR PACT CITY Setapak telah berjaya memikat hati kami. Lokasinya di seberang jalan dari shopping Mall Festival City sahaja. 


Di dalam gym tu nanti "NO MAN ALLOWED". Dan semua tingkap dan pintu gym itu nanti akan di tinted gelap jadi takde yang oleh nampak kegiatan dan senaman yang dilakukan. Oleh itu para wanita senag le nak bersenam dan bergerak.. Terutama bagi yang berhijab senang untuk berpakaian. Tak perlu lagi nak risaukan tentang aurat ketika bersenam kerana semua yang berada dalam gym adalah wanita sahaja. Semua staff dan instructor juga terdiri dari kaum wanita.

Sebentar saja lagi Mak Dara akan pergi menemui owner kedai itu dan seterusnya bertemu dengan suplier barang gym. Fuh berdebar rasanya. Namun ini semua masih dalam perancangan. Kami hanya mampu merancang.. Tuhan yang menentukan.. Doakan agar impian kami ini dimakbulkan dan dipermudahkan ye.. amin..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK