Tuesday, October 29, 2013

Hari Terakhir Shooting Rancangan IDEAL

Pejam celik pejam celik dah pun sampai ke akhir penggambaran sebuah rancangan kesihatan bertajuk IDEAL yang Mak Dara sertai itu.. Sekejappppp sangat rasanya.. Terasa sayu juga untuk mengakhiri shooting rancangan ini sebentar lagi. Tapi apa yang bermula pasti akan berakhir kan.. 

Shooting episod terakhir ini akan diadakan di D'APPLE STUDIO milik NAS ADILA AF pada jam 8 malam ini.. Dan di akhir rancangan berat badan Mak Dara akan ditimbang dan disukat.. Haaa part ni yang mak nebesss ni.. Harap harap dapat le result yang memberansangkan..

Ok moh mak dara kongsikan video yang mak dara sempat snap pada shooting episod ke 12 semalam.



Post by Adza Irdawati Adenan.
sedutan disebalik tabir rancangan IDEAL

Ok lah Mak Dara kena bersiap siap sekarang.. Terujaaaa untuk menjalani shooting terakhir rancangan IDEAL ini.. Doakan semoga dipermudahkan ye.. Terima kasih semuaaaa...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK