Saturday, November 2, 2013

Selamat Hari Deepavali

Di kesempatan ini Mak Dara ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali buat semua rakan yang beragama Hindu di mana saja anda berada.. Dan semoga dengan pesta cahaya ini akan membawa lebih kebahagiaan buat anda sekeluarga hendaknya ya..


Dam Dam Dum Bunyi Mercun

As salam duhai teman.. Haa dah tidor ke korang semua.. Mak Dara belom lelapkan mata lagi.. Pada tika dan saat ini mak dara tengah layan nengok bunga api yang dipasang sedari tadi oleh jiran jiran mak dara.. Bukan bunga api sebarangan tau.. Ni dah macam bunga api yang dipasang di klcc tiap kali tahun baru tu.. Perghhhh memang dasyatttt.. Terang kawasan rumah mak dara dibuatnya.. Kompom mahalll tu..

Takpe raya setahun sekali kan so have fun guys.. Cuma diharapkan tiada yang cedera bermain bunga api tahun ini sudah la ya.. Ok lah nak sambung layan bunga api ni lagi..

Selamat Menyambut Deepavali kepada yang menyambutnya ya..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK