Saturday, November 9, 2013

Mak Dara Berlakon?

Mak Dara ditawarkan untuk berlakon? Biar betul? Siapalah yang telah menawarkan wanita meroyan seperti Mak Dara ni untuk berlakon? Errr tulis skrip, saya boleh lah.. Kalau nak berlakon tu.. Errr dah lama tinggalkan bidang tu huhuhuhu...


Ya itulah antara yang bermain di fikiran Mak Dara  apabila menerima panggilan dari seorang production manager semalam. Beliau telah meminta supaya Mak dara melakonkan watak sebagai seorang ustazah  yang akan menerangkan tentang ilmu "kasyaf" kepada Uqasha Senrose yang memegang watak sebagai "Dhiya" dalam drama bersiri bertajuk Qarin ini.. Ya drama QARIN... Drama yang skripnya ditulis oleh Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie yang pernah Mak Dara khaborkan pada anda semua tak lama dulu tu.....

MD berlakon di samping Uqasha Senrose??
omg!!

Berlakon dengan skrip yang ditulis sendiri memang pelik dan akward dibuatnya hehehe.. Dah tu pulak nak berlakon jadi ustazah.. Ohh sesuaiiii kah daku nak jadi ustajah ni huhuhu nebesss oiiii ..Kata kawan mak.. "kau kan penulis skrip.. mesti kau boleh berlakon.. Errr noooooo.. Tak semua penulis lirik atau komposer yang boleh menyanyi.. Dan tak semua penyanyi boleh tulis lagu atau buat lirik.. Haa macam tu jugak le halnya dengan penulis skrip.. Tak semestinya hari hari tulis skrip boleh berlakon huhuhu . I think i better stick to my daily job , im much much better di belakang tabir hehe

ok lah Mak Dara undur diri dulu.. Nak hafal dialog.. Muahaha selalu tulis je dialog untuk pelakon lakonkan hari ni kena hafal dialog pulak adesss.. Mak Dara akan ke set lokasi penggambaran di Madrasah Nazariah Kg Puah Gombak pada pukul 1 tengah hari nanti..  Nanti mak kasi update apa yang berlaku di set lokasi tu ya... Doakan agar semuanya dipermudahkan ye..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK