Sunday, November 10, 2013

Mak Dara Sebagai Ustazah Dalam Drama Qarin

Assalam duhai teman.. Akhirnyaaaaaa semalam Mak Dara telah pun menjalani penggambaran drama bertajuk Qarin.. Mak Dara membawa watak sebagai seorang ustazah.. Pada mulanya sesampai aje ke set penggambaran tu Mak Dara kecut juga perut sebab dah lama Mak Dara tinggalkan dunia lakonan ni.. Kali terakhir mak berlakon pada 10 tahun yang lalu dalam sebuah telemovie bertajuk OK bersama Saiful apek. Kali ini Mak Dara akan berlakon di samping pelakon yang cantik jelita Uqasha Sandrose.. Mak Dara tawakal je pada Allah swt dan akhirnya berjaya membawa watak itu syukur alhamdullilah.. Moh Mak Dara kongsikan beberapa gambor yang sempat di snap di set lokasi Qarin itu ya..

sebelum bermula Uqasha di touchup dulu.. 
fuh time ni nebesss habis Mak

bertambah nebes bila Imam Muda Azhar yang turut berlakon 
dalam drama ini datang melihat lakonan kami

krew Qarin

Mak Dara dan Uqasha Sandrose

Dalam babak ini "DHIYA" lakonan Uqasha Sandrose menemui seorang "ustazah" lakonan mak dara hehehehe bagi bertanyakan tentang Qarin yang mengganggunya.. Maka Mak dara pun terangkan lah kepadanya tentang Qarin dan juga "Kasyaf".. Mau terbelit jugak lidah sebab dialog panjang panjang.. Nak marah penulis skrip pulak tak boleh sebab Mak dara dan adik Mak Adza Emie yang menulis skrip drama ni hahaha..

Namun apa apapun syukur alhamdullilah Mak dara dah selesai penggambaran ni.. Dengar kata pengarah suka.. Syukur alhamdullilah.. Semoga perjalanan penggambaran drama Qarin ini dipermudahkan insyaa allah..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK