Tuesday, November 12, 2013

Tayangan Saluran Hebat Untuk Semua Pelanggan Astro Tanpa Kos Tambahan

Berita baik! Berita gembira! 
Berita yang pasti akan membuat semua pelanggan ASTRO teruja! 

Bermula dari 1 November 2013 hingga 15 Feb, 2014, semua pelanggan Astro, akan layak untuk menonton saluran Astro Family HD Pack , saluran Astro Vinmeen HD, saluran Fox Family Movies serta One HD dalam kedua-dua HD dan SD tanpa kos tambahan. 

Bukan itu saja. Anda juga boleh menonton program kegemaran anda bila-bila masa dan di mana sahaja di Astro On-The-Go juga tanpa sebarang kos! Ya anda tidak tersilap baca.. "TANPA KOS TAMBAHAN"! Wowwww hebat memang hebat!



Begitu banyak saluran di berikan oleh Pihak Astro ini kan. Namun Mak Dara amat amat teruja sekali tentang saluran Fox Family Movies (SD 415). Ini kerana saluran Fox Family Movies menayangkan filem filem yang sangat sesuai untuk ditonton oleh seluruh keluarga. Bagi Mak Dara aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan kekeluargaan antara Mak Dara dan keluarga.

Dan pada  Sabtu , 16hb November 2013. Saluran Fox Family Movies menayangkan filem bertajuk Beethovent's 5th tepat jam 8 malam. Dan Mak Dara tidak melepaskan peluang menonton filem ini bersama keluarga.

File:BeethovensfifthDVD.jpg

Filem ini mengisahkan tentang seekor anjing yang tinggal bersama sebuah keluarga yang amat penyayang, namun diam-diam ada pihak yang mahu membunuhmya. Walaupun filem ini berkisar tentang haiwan namun terdapat banyak pengajaran di sebalik filem ini. Antaranya ialah kasih sayang antara manusia dan haiwan, erti kemanusiaan dan bermacam lagi. Terdapat banyak lagi filem filem hebat yang akan ditayangkan di saluran Fox Family Movies ini. 

Jadi pada semua pelanggan Astro jangan lupa untuk menonton semua saluran saluran hebat yang diberikan oleh Astro mulai  1 November 2013 hingga 15 Feb, 2014 ini ya!

Dengan pemberian saluran tanpa sebarang kos ini kita dapat lihat bertapa pihak Astro sangat komited dalam memberikan yang terbaik buat 3.58 juta pelanggan Astro yang kian meningkat dengan memberikan lebih banyak pilihan saluran bagi memenuhi kehendak pelanggan. Syabas Astro




Video Lakonan Mak Dara Di Samping Uqasha Sandrose

Waduh waduhhh macam tak percaya saja Mak dara tak kala mendapat tawaran untuk melakonkan watak sebagai seorang ustazah dalam sebuah drama bersiri seram bertajuk QARIN . Dan lebih teruja lagi bila dalam babak itu Mak Dara akan berlakon di samping pelakon cantik jelita si Uqasha Sandrose.. Namun agak awkward sikit sebab kena berlakon dalam drama yang skripnya di tulis oleh adik Mak dara Adza Emie dan Mak dara sendiri hehehe...

Dalam scene atau babak ini, "Dhiya" lakonan Uqasaha Sandrose telah datang bertemu dengan "Ustazah" lakonan mak dara hehe untuk bertanya pendapat tentang Qarin dan kenapa kejadian kejadian aneh yang berlaku pada dirinya itu.. Jadi "ustazah pun menerangkan tentang ilmu "Kasyaf". Moh Mak Dara kongsikan dengan anda video  lakonan Mak Dara di samping Uqasha Sandrose yang sempat dirakamkan pada shooting hari tu ye..


 



Ini antara video yang adik Mak Dara sempat rakamkan semasa shooting tempoh hari.. Waduhhhh dah lama mak dara tinggalkan dunia lakonan ni.. Rasanya lebih dari berbelas tahun lamanya.. Tu yang lakonan mak dara macam tak bestttt je kannn . Namun apa apapun syukur alhamdullilah Mak dara dah selesai penggambaran ni... Drama ini dijangkakan akan ditayangkan di RTM 1 pada awal Januari tahun depan.. Semoga perjalanan penggambaran drama Qarin 13 episod ini dipermudahkan insyaa allah..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK