Saturday, November 16, 2013

Adik Mak Dara Dirompak 4 Lelaki Bersenjata Batang Besi

Masyaallah .. Terkejut kami sekeluarga apabila mengetahui adik Mak Dara iaitu Adza Tuty yang telah dirompak oleh 4 orang lelaki melayu yang bersenjatakan batang batang besi semalam.

Adik Mak Dara tiba di hadapan rumah dengan keretanya dan apabila dia keluar dari kereta sebuah kereta berhenti di hadapannya dan keluar 4 orang lelaki membawa batang batang besi dan terus merompak adik mak dara. Adik mak dara telah diugut dan dia tak dapat menjerit untuk meminta tolong. Mereka mengambil handbag yang mengandungi duit gaji, handphone note 3, ic , 2 mykid anak anaknya dan barang kemas.

Bukan itu saja adik mak dara semakin panik apabila salah seorang lelaki yang membuka pintu belakang kereta mereka dan mahu menarik adik mak dara untuk masuk ke dalam kereta itu . Namun tuhan sayangkan adik mak dara. Belum sempat mereka mahu menculik adik mak dara itu, anaknya Adza Aniq telah keluar dari rumah itu dan terus menjerit apabila melihat lelaki lelaki itu mengacukan batang besi pada ibunya itu. Semua perompak itu terkejut dengan kejutan anak buah mak dara itu dan seraya itu juga adik mak dara berlari menyelamatkan dirinya dan masuk ke rumah. Semua perompak panik dan terus lari dengan kenderaan mereka.. Masyaallah... Memang lahanatttt semua perompak perompak tu semua!!!!!!!!!

Adik mak dara sehingga sekarang trauma dibuatnya. Namun anak buah mak dara lebih trauma. Masyaallah berat sungguh dugaan mereka ini. Namun kami sekeluarga bersyukur kerana adik mak dara tidak diapa apakan dan tidak berjaya diculik oleh perompak tak guna itu.

Laporan polis telah pun dibuat dan marilah kita semua berdoa agar perompak perompak itu dapat ditangkap dengan segera sebelum mereka merompak mangsa terbaru mereka pula.. Kepada semua teman teman marilah kita lebih berhati hati walau dimana pun kita berada. Jenayah kini tak kira tempat. Depan rumah kita sendiri pon boleh dirompak.. Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya in syaa allah



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK