Sunday, November 17, 2013

ASWARA Bolot Hadiah di Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 10 @ USIM

Semalam 16hb September 2013 maka berlangsunglah Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 10 bertempat di USIM . FFVPM10 yang merupakan festival yang berprestij di kalangan pelajar komunikasi di negara ini. Dalam festival filem ini somi Mak Dara iaitu Martias Ali merupakan ketua juri . Jadi pada malam anugerah itu Mak Dara pun pergi menemankan somi Mak dara ke majlis yang sungguh berprestij itu. Moh Mak Dara kongsikan beberapa keping gambar di majlis itu ya.

Mak Dara dan Somi Martias Ali di FFVPM10

nama Martias Ali di buku FFVPM10 :)

pengacara FFVPM10 Kieran dan Err lupa pula namanya

Penyampai anugerah pengacara TV AL HIJRAH

pelajar pelajar aswara yang telah membolot hampir 
kesemua hadiah.

Pada malam anugerah FFVPM10 semalam.. Hampir kesemua hadiah telah dibolot oleh pelajar dari ASWARA . Antara anugerah yang telah dimenangi oleh pelajar pelajar ASWARA ialah FILEM/ VIDEO TERBAIK KESELURUHAN, PENGARAH TERBAIK, SKRIP TERBAIK, ANUGERAH KHAS JURI, SINEMATOGRAFI TERBAIK , PENATAAN SENI TERBAIK, SUNTINGAN TERBAIK dan PENATAAN BUNYI TERBAIK... Haaaa banyakkkkk kan yang telah dimenangi oelh pelajar ASWARA ni! MEmang hebat dan memang terbaek.. Dan antara penyumbang terbesar kepada kemenangan mereka ialah sebuah filem pendek bertajuk MIMPI MAH MERI

Apa apapun ahniah kepada semua pemenang terutamanya kepada semua pelajar Aswara degan kejayaan besar semalam. Kepada yang tidak berjaya terus cuba dan cuba lagi ya.. Ok mari kita sama sama tonton video MIMPI MAH MERI ini bagi melihat kehebatan pelajar ASWARA ini jom!



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK