Tuesday, November 19, 2013

Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je

Di mana mana kini semua asyik dengan kata-kata/quote "Macam Cantik Je Macam Comel Je" kan.. Termasuklah di Maharajalawak mega terdapat beberapa pelawak seperti Mr Os juga turut menggunakan quote itu.. Jadi mak dara mendapat idea untuk membuat segmen bertajuk "MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE" untuk para wanita. Dan kepada kaum lelaki yang hensem hensem dan sehensem blogger ABANG ENSEM yang ingin menyertai segmen Mak Dara ni maka tajuk ditukar kepada "MACAM HENSEM JE MACAM KACAK JER".. Haa amacam ok tak segmen Mak dara yang ada berbaur sedikit meroyan ini hehehe..


Tertarik untuk menyertai segmen ini? Ikuti langkah yang mudah seperti dibawah.

1) Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE (utk wanita)/  Letak tajuk Segmen: SEGMEN MACAM HENSEM JE MACAM KACAK JER (utk lelaki)
2) Tak Perlu follow Blog Meroyan Mak Dara ni.. Tapi kalau sudi dengan rela hati Mak Dara tak halang hehehe
2) Tepek header Mak Dara dan linkkan ke blog ini.
3) Berikan sekeping gambar yang memperlihatkan gambar anda , anak anda , kawan kawan anda atau ahli keluarga anda yang cantik yang comel, yang hensem dan yang kacak itu. Kalau boleh dapat serlahkan ke arah mata tu ye kalau takde pon takpe hehehe"
4) Lepas siap tinggalkan url link di ruang komen dibawah ye..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK