Berita baik! Berita gembira! Berita yang pasti akan membuat semua pelanggan ASTRO teruja!
Bermula dari 1 November 2013 hingga 15 Feb, 2014, semua pelanggan Astro, akan layak untuk menonton saluran Astro Family HD Pack , saluran Astro Vinmeen HD, saluran Fox Family Movies serta One HD dalam kedua-dua HD dan SD tanpa kos tambahan. Bukan itu saja. Anda juga boleh menonton program kegemaran anda bila-bila masa dan di mana sahaja di Astro On-The-Go juga tanpa sebarang kos! Ya anda tidak tersilap baca.. "TANPA KOS TAMBAHAN"!
Wowwww
hebat memang hebat!Begitu banyak saluran di berikan oleh Pihak Astro
ini kan. Namun Mak Dara amat amat teruja sekali tentang saluran Fox
Family Movies (SD 415). Ini kerana saluran Fox Family Movies menayangkan
filem filem yang sangat sesuai untuk ditonton oleh seluruh keluarga.
Bagi Mak Dara aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan
hubungan kekeluargaan antara Mak Dara dan keluarga.Dan pada Sabtu ,
16hb November 2013. Saluran Fox Family Movies menayangkan filem bertajuk
Beethovent's 5th tepat jam 8 malam. Dan Mak Dara tidak melepaskan
peluang menonton filem ini bersama keluarga.Filem ini mengisahkan
tentang seekor anjing yang tinggal bersama sebuah keluarga yang amat
penyayang, namun diam-diam ada pihak yang mahu membunuhnya. Walaupun
filem ini berkisar tentang haiwan namun terdapat banyak pengajaran di
sebalik filem ini. Antaranya ialah kasih sayang antara manusia dan
haiwan, erti kemanusiaan dan bermacam lagi.
Terdapat
banyak lagi filem filem hebat yang akan ditayangkan di saluran Fox
Family Movies ini. Jadi pada semua pelanggan Astro jangan lupa untuk
menonton semua saluran saluran hebat yang diberikan oleh Astro mulai 1
November 2013 hingga 15 Feb, 2014 ini ya!Dengan pemberian saluran tanpa
sebarang kos ini kita dapat lihat bertapa pihak Astro sangat komited
dalam memberikan yang terbaik buat 3.58 juta pelanggan Astro yang kian
meningkat dengan memberikan lebih banyak pilihan saluran bagi memenuhi
kehendak pelanggan. Syabas Astro