Monday, December 2, 2013

Bekas Pelumba Berbasikal Negara Harnizam Basri dan Anis Tairudin Bertunang

Arena berbasikal negara menerima berita gembira apabila bekas pelumba berbasikal negara yang juga kini menjadi pembantu kepada ketua jurulatih John Beasley iaitu Harnizam Basri telah melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya Anis Tairudin semalam. Majlis pertunangan berlangsung jam 8:30 malam dan telah diadakan di rumah pihak perempuan di Ukay Perdana.

Mak Dara dan teman teman antara kawan terapat Anis Tairudin dan menggelarkan kumpulan kami sebagai TYPO IKAT TEPI turut dijemput bagi memeriahkan majlis pertunangan itu. Haaa nama kumpulan pun dah ala ala senget dan meroyan tambah tambah lagilah ahli ahlinya 100 kali lebih sengat dan meroyan haha.. Ok apa apapun Mari Mak Dara kongsikan beberapa keping gambar yang sempat Mak Dara rakamkan semalam. 

Kiri Mak Dara di bilik persalinan Anis 
kanan Anis turun untuk disarungkan cincin pertunangan

Anis berdebar debar :)

Ibu Harnizam menyarungkan cincin pertunangan


Anis kini sah menjadi tunangan kepada Harnizam

Harnizam dan Anis

dari kiri AMri, Lynn, Acap, Mak Dara, Syaz, Rina, Anis, Harniza,
Adza Tuty, Adza Emie Adek, Alfie, Dain dan Shazroul

dari kiri AMri, Lynn, Acap, Mak Dara, Syaz, Rina, Anis, Harniza,
Adza Tuty, Adza Emie Adek, Alfie, Dain, Shazroul & Elly
Geng TYPO IKAT TEPI telah hijack majlis ini :)

Mak Dara bersama adik adik mak dara Adza Tuty, 
Adza Emie with baby Qhalifah & Adza Rina



Penolong jurulatih trek negara Harnizam Basri yang kini menimba ilmu Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Switzerland. Beliau yang juga memiliki Sijil Diploma Kejurulatihan WCC pada 2011 bercita-cita menubuhkan satu pasukan kejar-mengejar negara sebelum Sukan Olimpik Rio 2016. Mari kita sama sama doakan agar Harnizam dan Anis kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu insyaa allah.. Amin.



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK