Saturday, December 14, 2013

Drama Bersiri QARIN Adaptasi Dari Sebuah Kisah Benar

Menjadi penulis skrip ni bukanlah satu kerja yang mudah.. Nak tahu macam mana kerja penulis skrip ni .. cuba imagine anda kena tulis karangan di kertas A4 sebanyak 80 mukasurat ke atas.. Haa lebih kurang begitulah kerja kami setiap hari hehe.. Sebenarnya Mak Dara telah pun menulis sebanyak 69 buah skrip drama dan drama bersiri selama penglibatan Mak Dara di dunia penulisan skrip selama 17 tahun. 

Dari mana Mak Dara selalu mendapat ilham untuk menulis skrip drama? Selalunya ilham datang dari kehidupan harian. Berita semasa. Dari pembacaan . Namun yang paling banyak memberi ilham kepada Mak dara ialah orang orang di sekeliling Mak Dara iaitu ahli keluarga sahabat dan kenalan. Dan drama terbaru Mak Dara iaitu drama bersiri 13 episod bertajuk QARIN terhasil dari perbualan Mak Dara bersama teman rapat Mak Dara Afiey dan suaminya Azali yang bercerita tentang QARIN. Mak Dara tidak tahu mengenai Qarin sehinggalah hari itu. Dan dari situ Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie telah mendapat idea untuk menjadikan kisah benar itu dan mengadaptasikannya menjadi sebuah drama. Syukur alhamdullilah Drama QARIN telahpun habis penggambarannya dua hari lalu dan kisah ini juga telah tersiar di UTUSAN.



Walaweiii kombang kecut kombang kecut je bila terlihat nama Mak Dara dan adik mak di UTUSAN ni hehe.. Pelakon lain yang turut terlibat dalam menjayakan drama ini adalah Uqasha Senrose, Zain Hamid, Adik Fateha dan Adik Daniel Ilham. Kalau anda nak baca apa yang ditulis oleh Utusan mengenai drama QARIN ini boleh klik di SINIhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131208/hi_11/QarinPenantian-dua-dekad .Dalam banyak banyak genre yang telah Mak Dara hasilkan. Mak Dara palinggggg sukaaa bila menulis skrip drama berdasarkan kisah benar. Yup kisah kisah benar ni lebih feel apabila ditulis kerana ia perkara yang benar benar terjadi dan bukannya lahir dari imaginasi sang penulis saja. Antara drama yang pernah Mak Dara tulis berdasarkan kisah benar ialah drama bersiri NEK NAKdrama bersiri SAKA dan banyak lagi. Namun selepas ini Mak Dara mahu lebih menjurus kepada genre berunsur Islamik seperti drama QARIN ini In Sya Allah. Doa doakan semoga perjalanan mak dara sebagai penulis dipermudahkan ya.. amin... 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK