Assalam duhai teman. Semalam Mak Dara ada terbaca sebuah status di FB oleh seorang rakan mengenai beliau yang sedang dalam usaha mengumpul sebanyak 3 RIBU TELEKUNG untuk didermakan kepada mangsa banjir di pantai timur.
Hari ini Mak Dara ingin menyeru dan memohon jasa baik semua teman BLOGGER prihatin sekalian agar kita sama sama membantu dalam usaha mengumpul kain telekung kepada mereka. Tolong dan bantulah mereka... Mereka dalam usaha mengumpul 3 ribu telekung dalam masa seminggu! hanya semingu masa yg diberi kpd mereka.. bermula 16december-23december. Untuk membantu anda boleh terus hubungi pm/whatsap Sheta Rahman di talian 0126845088 / 0122965279
Mak Dara dan juga blogger Mak Lady akan turut membuat membuat kutipan bagi telekung ini untuk diserahkan kepada Sheta Rahman. Kepada Blogger yang tinggal disekitar Setapak atau Wangsa Maju yang ingin mendermakan tudung anda bolehlah bertemu kami di restoran NZ Lama (bersebelahan KFC) pada esok hari 19hb Disember 2013 pada jam 6 petang hingga 8 malam. Untuk keterangan lanjut sila klik di SINI @ https://www.facebook.com/events/480206828754542/?source=1
Jutaan terima Kasih Mak Dara ucapkan pada anda yang sudi menderma kain telekung dan membantu kepada mereka yang memerlukan. Jika anda tidak dapat membantu dari segi menderma kain tudung tidak mengapa anda boleh share entry ini di blog anda . Hanya copy, paste dan publish. Semoga kita semua dapat menyebarkan kerja amal ini kepada seramai mungkin.
"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui."~ al-Baqarah ayat 261"
#Pada blogger prihatin yang ada membuat entry mengenai PROJEK PRIHATIN ini sila tinggalkan link di bawah ya terima kasih. Semoga Allah swt membalas jasa kalian. amin.