Monday, December 23, 2013

Rumah Kelahiran Tan Sri P.Ramlee

Beberapa minggu yang lepas Mak dara dan keluarga sempat bercuti ke Penang selama 5 hari dan dalam masa lima hari tu Mak Dara sempat ke rumah kelahiran P. Ramlee.. Rumah P. Ramlee merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee (dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road) di Pulau PinangMalaysia. Bangunan ini merupakan rumah kayu bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal iaitu P. Ramlee, penyanyi, pelakon, penggubah dan juga pengarah.
Asalnya ia dibina pada tahun 1926 oleh ayahnya dan ayah saudaranya, rumah ini telah beberapa kali dibaik pulih sebelum diambil alih sepenuhnya oleh Arkib Negara sebagai sambungan projek Memorial P. Ramlee di Kuala Lumpur. Barangan yang dipamerkan di sana termasuklah diari, kenangan peribadi yang bersangkut paut dengan kehidupannya di Pulau Pinang, dan juga barangan kepunyaan keluarga beliau. Mari Mak Dara kongsikan bersama anda beberapa keping gambar yang sempat kami snap di sana.

pintu masuk ke Rumah kelahiran P. Ramlee

tak sabar nak masuk ke rumah P Ramlee
Check bateri kamera dulu hehe

Jom masuk ke dalam rumah


katil besi ini digunakan oleh keluarga P Ramlee sejak turun termurun di bawah katil besi ini terdapat sebuah peti besi dimana P ramlee dan keluarganya menyimpan pakaian mereka.


Meja solek yg digunakan oleh P Ramlee dan keluarganya

inilah dapur yang digunakan oleh keluarga P Ramlee untuk memasak

beginilah agaknya Tan Sri P Ramlee masa dulu dulu melihat
keluar rumah melalui tingkap ini kan... 

mungkin juga di tingkap ini P Ramlee pernah mendapat ilham
untuk menulis lagu lagunya...

"rumah kecil"/tandas di belakang rumah P Ramlee


Dalam kehiduapan harian P Ramlee basikal adalah adalah kenderaannya untuk ke sekolah dan bersiar siar bersama teman temannya Basikal ini merupakan basikal kesayangan P Ramlee. Break basikal ini memang dalam keadaan asal ia telah diputuskan sebelah kerana P Ramlee ketika menaiki basikal akan memainkan break ini sehingga menimbulkan irama tertentu di mana dalam masa yang sama akan mendendangkan lagu lagu kegemarannya. 

Mungkinkah P Ramlee pernah duduk di tangga ini sambil
berbual bersama keluarganya


Mak Dara di beranda rumah P Ramlee

anak mak dara dalam perahu di bawah rumah P Ramlee

Mak Dara dan anak anak di hadapan rumah P Ramlee

Itu sahaja gambar yang sempat Mak Dara snapkan di rumah Tan Sri P Ramlee itu. Ohhh memang priceless bila dapat ke rumah Tan Sri kerana kita dapat melihat kehidupan Tan Sri P Ramlee dan keluarga sebelum dia menempuh kejayaan dan bergelar seniman. Pada anda yang hendak bercuti ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang untuk ke sini ya. Masuk adalah percuma . 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK